Connect with us

Berita Lain

Saiz Lubang Misteri Boleh Membesar – Pakar Geologi


KOTA KINABALU, 12 Nov — Saiz lubang misteri yang ditemui
penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini, semalam boleh merebak
menjadi besar.

Pakar geologi dari Universiti Malaysia Sabah berkata
keretakan serius boleh berlaku jika kawasan setempat kejadian, padat dengan
bangunan dan dilalui kenderaan berat, lapor Kosmo!.
“Fenomena ini memberi ancaman kepada manusia kerana lubang
yang terbentuk sukar untuk dipastikan sama ada bersaiz besar atau kecil. Kadang
kala daripada lubang kecil ia boleh merebak menjadi besar,” kata profesor
Shariff Abd Kadir S Omang.
Beliau tidak menolak kemungkinan pembentukan lubang
berdiameter 0.3 meter dan sedalam 3.6 meter itu berpunca dari cahaya, selain
faktor geologi atau hakisan bawah tanah.
Lubang itu juga mungkin terjadi disebabkan fenomena lubang
benam (sinkhole) yang biasa berlaku pada musim banjir atau selepas hujan,
katanya.
Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya
Tajul Anuar pula berkata lubang benam boleh berlaku di kawasan batuan batu
kapur di Batu Caves, Selangor, selain Perak dan Kedah.

Semalam, penduduk kampung John Ukong, 47, mendakwa nampak
“cahaya aneh terang menjunam dari langit” kira-kira 2 pagi semalam dan terkejut
apabila menemui lubang tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel