Connect with us

Berita Lain

Saja Tanya Simpanan Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Ramai Terkedu


Seperti diceritakan oleh FB Azemi Ali (LINK). Usai urusan di
Public Mutual Kuantan, saya bergerak balik ke kampung di Terengganu untuk jumpa
ibu dan abang. Singgah untuk mengisi minyak. Saya dilayan oleh Bipul, seorang
pekerja Bangladesh di Stesen Minyak Petronas Jalan Ubi Kuantan.
Tergerak untuk bertanya kepadanya ” Sudah lama kerja di
Malaysia?”
” 9 tahun”
“Lamanya”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

” Datang sini umur 21 tahun. Sekarang umur sudah 30.”
” Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh di Madinah. Dia
pandai cakap melayu. Tak mahu kerja di sana ” saya bertanya.

” Bukan semua orang boleh kerja di Mekah dan Madinah. Itu
rezeki dia. Satu yang tak best kerja di Arab Saudi, tiada gaji minima. Semua
ditentukan majikan. Kerajaan tak masuk campur. Nasiblah dapat 200 riyal
sebulan. Bipul terangkan dengan panjang lebar.
Memang benar gaji pekerja Bangla di Saudi sekitar 200 Riyal.
Saya pernah tanya seorang pekerja Bangla di Madinah.

” Di Malaysia ada gaji minima rm900. Gaji saya sekarang
rm1,050. Tahun depan rm1,150. Naik gaji. Itu gaji basic”. tambah Bipul sambil
tersenyum.
” Berapa OT sebulan?
” Dalam rm650″
Saya buat conggakan. Gaji Bipul rm1,700 sebulan.
“Sebulan berapa simpan?”
” Seribu lebih boleh”
Wah! Seorang pekerja Bangla boleh simpan rm1,000.00 sebulan.
Setahun RM12,000. Dah 9 Tahun Di Malaysia, so dia dah ada RM108,000 !!!!!
Sebelum jumpa Bipul tadi, business partner saya maklumkan
yang ada kawan beliau yang gaji rm8,000.00 sebulan tak mampu buat simpanan
rm200.00 sebulan.
Apa beza mereka berdua ?
Gaji kecil simpan banyak, gaji besar tiada simpanan.
Bezanya cara fikir. Mentaliti.
Bipul orang dagang. Datang beribu-ribu kilometer jauhnya
untuk cari nafkah. Setiap sen amat bernilai. Setiap sen yang diterima disimpan
atau digunakan sebaik mungkin. Jika tidak disimpan rezeki hari ini, rezeki esok
belum tentu.
Orang kita bergaji besar tidak buat simpanan kerana berada
di tahap selesa. Merasakan setiap bulan gaji besar akan masuk akaun bank.
Biasanya mereka belajar tinggi dan bertungkus lumus masa
belajar dulu. Bila bekerja mereka mahu tebus susah payah dahulu dengan
kesenangan sekarang. Tiada istilah Tangguhkan Kepuasan (Delayed Gratification)
bagi mereka. Semua mahu sekarang.
Jangan lupa ada ramai orang kita bergaji besar hilang sumber
pendapatan bila ada VSS atau MSS. Lebih teruk bila mereka tiada simpanan.
Pada tahun 1965, sebuah universiti terkemukan dunia telah
buat The Marshmellow Experiment. Sekumpulan kanak-kanak sekitar umur 4-5 tahun
diletakkan dalam sebulan bilik dan diberi satu marshmelo tang enak.
Satu syarat diberi, anak-anak yang tidak makan marsmelo
dalam masa 30 minit akan diberi satu lagi marsmelo tambahan.
Selepas 30 minit, ramai yang tewas dengan memakan marsmelo
yang ada dan tidak dapat makan marsmelo tambahan.
Hanya sebahagian kecil dapat ganjaran.
Dari kajian ini, dapatan utama ialah Menangguhkan Kepuasan
adalah satu faktor besar dalam kejayaan seseorang individu.
Mereka yang dapat tangguhkan kepuasan berbelanja sekarang
dan membuat simpanan akan lebih berjaya dari segi kewangan pada masa depan.
Orang yang dapat tangguhkan kepuasan menonton tv dan
mengulangkaji pelajaran akan lebih berjaya dapam akademik pada masa akan
datang.
Universiti ini menjejak kanak-kanak ini selama 40 tahun
sehingga mereka dewasa. Hasil kajian mendapati anak-anak yang berjaya
tangguhkan makan marshmelo menjadi sangat berjaya dalam hidup mereka.
Tukar mentaliti. Ubah cara fikir. Jadilah seperti orang
dagang. Buat simpanan untuk masa depan.

Sumber: Azemi Ali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel