Connect with us

Berita Lain

Sakit Reda Selepas Dengar Azan


KUALA KUBU BARU, 14 Nov — Kesakitan akibat kekejangan otot
seorang mahasiswa reda seketika selepas mendengar azan di puncak Bukit Kutu
dekat sini.
Mohammad Annuar Ismail Kil, 24, kesakitan susulan keletihan
dan kesejukan sehingga mengekang pergerakannya kelmarin, lapor Harian Metro.
“Hanya kesakitan yang saya rasai sepanjang berada di puncang
Bukit Kutu,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang seberat 120kg.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia hanya reda seketika apabila terdengar azan yang tidak
tahu dari mana datangnya,” katanya lagi selepas diselamatkan pasukan bomba pagi
semalam.
Beliau terpaksa berehat di Batu Tedung kerana otot kejang
lepas empat jam mendaki bermula 9 pagi sementara tiga rakannya meneruskan
pendakian.
“Saya terlelap seketika sebelum meneruskan pendakian dan
berselisih dengan beberapa pendaki tetapi peliknya tidak terserempak dengan
rakan-rakan saya.
“Saya teruskan mendaki sehingga ke puncak bukit namun tidak
menemui sesiapa,” katanya. Lalu, beliau menjerit memanggil rakannya sebelum
menghubungi bomba.
Ketua balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Baru berkata
Mohammad Annuar diselamatkan selepas mengambil kira faktor kesihatannya dan
keselamatan.
“Mangsa diberi rawatan awal dan hanya dibawa turun pagi ini
(Isnin) dan tiba di pos kawalan bomba jam 10.40 pagi,” kata Kamil Hamadan.
Mangsa kemudiannya dirawat di sebuah hospital di sini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel