Connect with us

Berita Lain

Tan Sri Harris Salleh Ramal Rakyat Sabah Dan Sarawak Mahu Tukar Kerajaan


KOTA KINABALU 9 Nov – Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri
Harris Salleh meramalkan rakyat Sabah dan Sarawak jelas mahukan pertukaran
kerajaan di peringkat persekutuan.
Beliau berkata, berkemungkinan besar BN akan hilang
penguasaan parlimen di dua negeri itu yang bukan lagi menjadi deposit tetap BN
dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
“Perasaan mereka terhadap kerajaan persekutuan sekarang sama
dengan rakyat di Semenanjung. Hampir separuh orang Melayu di Semenanjung tidak
lagi menyokong BN.
“Ianya bukan persoalan sama ada rakyat Sabah dan Sarawak
tidak diberikan hak oleh kerajaan persekutuan, tetapi orang di sini sudah
banyak mendengar tentang perkara yang berlaku. Mereka bimbang dengan apa yang
berlaku di KL.” ujarnya seperti dilaporkan FMT semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenyataan Harris sama dengan ramalan bekas perdana menteri,
Tun Dr Mahathir Mohammad kira-kira 2 bulan lalu.
Dr Mahathir berkata, Pakatan Harapan dengan bantuan Parti
Warisan Sabah akan memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada kerusi
Parlimen dan negeri di Sabah.
Harris percaya ramai rakyat Sabah dan Sarawak semakin kecewa
dengan kerajaan persekutuan kerana dasarnya yang dilihat berat sebelah dan
diskriminasi.
Beliau memberi contoh dasar imigresen berbeza di Semenanjung
dan Timur Malaysia mengenai kelulusan permohonan warga asing yang mahu
berpindah ke Malaysia sebagai tempat persaraan mereka.
“Saya dengar jika orang seperti ini boleh membawa RM1 juta
ke Langkawi dan Johor, maka tiada masalah. Imigresen akan benarkan mereka
masuk.
“Tetapi, tidak di Sabah dan Sarawak. Ini berat sebelah.
Jadi, rakyat Sabah dan Sarawak mahu kerajaan yang telus dan berterus-terang
dengan sedikit atau tiada langsung publisiti negatif.”
Katanya, penggunaan sosial media secara meluas dan akses
mudah kepada berita juga tidak memanfaatkan BN.
Beliau menjangkakan golongan belia berpendidikan akan
memainkan peranan besar dalam mengubah undi keluarga mereka menentang BN.
Bagaimanapun, beliau percaya BN akan kembali ke Putrajaya
selepas 1 atau 2 penggal.
Beliau mengakui populariti Warisan yang semakin meningkat di
Sabah sejak penahanan Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal kerana disyaki
merasuah, tetapi katanya, ia tidak mencukupi untuk menjejaskan peluang BN Sabah
bagi mempertahankan kuasanya di negeri itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ianya benar apabila bercakap tentang Shafie, rakyat pedalaman
berpendapat dakwaan itu tidak adil. Mereka kata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia) memilih dalam kes mereka.
“Rakyat bertanya ‘Kenapa hanya Shafie?’ Rakyat biasa tidak
percaya tuduhan dilemparkan ke atasnya. Jadi, beliau kini lebih popular.
“Tetapi, bagi kerajaan negeri, pada satu tahap, rakyat masih
akan menyokong BN. Musa Aman akan kekal memperoleh majoriti.”
Bagaimanapun, katanya, kedudukan BN sebagai pembangkang di
Parlimen boleh memudaratkan Sabah kerana kemajuan negeri itu bergantung kepada
hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Advertisement
Beliau berkata, pembangunan di Sabah terhenti apabila
hubungan kerajaan pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kerajaan persekutuan
regang. 

– MalaysiaDateline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel