Connect with us

Berita Lain

Teknologi Boleh Ubah Muka, Jangan Percaya Video KP SPRM – Nawawi



KUALA LUMPUR: Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi)
mempertahankan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) Tan
Sri Dzulkifli Ahmad berhubung video yang mengaitkan beliau kepada skandal
membabitkan seorang wanita di Bali, Indonesia.


Ahli Parlimen itu berkata, kemajuan dan kecanggihan
teknologi yang ada pada masa kini memungkinkan sesiapa sahaja menjadi sasaran
tujuan jahat.

“Gambar ini tidak boleh dipercayai. Zaman teknologi ini,
muka Tan Sri (Pandikar Amin Mulia) boleh jadi muka saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerana zaman teknologi ini kita boleh buat macam-macam.
Pernah dulu kita dengar ada yang kata ‘sound like me, look like me, maybe its
not me’,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Nawawi turut menegur Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) kerana
menimbulkan isu itu tetapi mendiamkan diri dalam isu membabitkan seorang
menteri besar, yang tidak beliau namakan.

“Apakah tidak boleh Puchong gunakan perkara sama
membandingkan hal sama dengan seorang menteri besar di sebuah negeri.

“Jika Puchong tidak boleh lakukan perkara itu, ia berat
sebelah. Jadi saya harap perkara ini kita dapat matikan di sini,” katanya.

Sebelum ini, Gobind meminta tindakan tatatertib diambil
terhadap Dzulkifli. Seorang lagi ahli Parlimen, Chong Chieng Jen (DAP-Kuching)
meminta Dzulkifli meletak jawatan.

Pada 13 Oktober lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun berkata polis membuka siasatan terhadap video itu, yang tular di
media sosial.

Menjawab skandal itu, Dzulkifli sebelum ini berkata serangan
itu dibuat kerana kempen agresif SPRM terhadap individu yang terbabit rasuah
dan salah guna kuasa.

Advertisement
“Taktik kotor ini bertujuan untuk mencemarkan imej saya dan
reputasi sebagai pesuruhjaya SPRM dan menjatuhkan kredibiliti SPRM dalam
menjalankan tugas kami memastikan negara kita bebas rasuah dan salah guna
kuasa,” katanya.



FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel