Connect with us

Berita Lain

Tembak Pelanggan Sebab ‘Tak Pandai’ Seks Oral


Seorang pelacur
ditangkap atas tuduhan menembak seorang lelaki warga Washington di kepala
selepas mangsa dikatakan ‘tidak pandai’ melakukan seks oral dan suspek tidak
tahu bagaimana untuk memberitahu hal tersebut.
Suspek, Marissa Wallen,
21, mengaku menembak lelaki berusia 36 tahun, yang merupakan pelanggannya di
rumah mangsa di Everet, bulan lalu, lapor NY Daily.
Polis memberitahu suspek
kemudian mencuri dompet mangsa, meninggalkan lelaki itu untuk dibiarkan mati
dan pergi membeli-belah dengan jumlah dianggarkan sebanyak $12,000 (RM50,307).
Portal tersebut yang
memetik My Everett News melaporkan, Wallen memberitahu seorang pegawai polis
bahawa mangsa ‘tidak bagus’ melakukan seks oral dan dia tidak tahu bagaimana
untuk memberitahu lelaki itu lalu mengambil pistol dan menembaknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mangsa yang tidak
dikenali ditembak dua kali di bekalang kepala.
Mujurlah mangsa ditemui
masih hidup pada 24 Oktober lalu, tiga hari selepas dia ditembak susulan
majikan mangsa meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di rumahnya.
Bagaimanapun, mangsa
ditemui tidak dapat bercakap.
Ketika pemeriksaan di
rumah mangsa, polis mendapati dompet lelaki itu hilang dan kira-kira $12,000
telah dicaj ke akaun banknya.
Semakan menerusi sistem
pengawasan rumah juga mendedahkan bahawa Wallen adalah orang terakhir yang
meninggalkan rumah mangsa sebelum kejadian tembakan.
Polis berjaya mengesan
identiti Wallen melalui caj perbelanjaan dalam negara yang dilakukan oleh
suspek menggunakan kad bank mangsa.
Suspek didakwa atas
tuduhan melakukan serangan, rompakan dan mencuri identiti orang lain. Mahkamah
menetapkan ikat jamin sebanyak satu juta dolar.
– mD

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel