Connect with us

Berita Lain

Tinggalkan Bangunan KPDNKK Selepas Dipujuk


SHAH ALAM  – Susulan
protes merantai kaki dan plaster mulut di lobi Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) oleh pengusaha stesen minyak,
Fadzilah Abdul Hamid, 57, polis mengambil pendekatan memotong rantai dan
meminta lelaki itu meninggalkan bangunan kerajaan tersebut.
Menerusi video dimuat naik Biro Undang-Undang Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) malam kelmarin, seorang anggota polis
memperkenalkan dirinya dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah
Putrajaya meminta Fadzilah meninggalkan lobi bangunan, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tiada sebarang respons daripada Fadzilah, malah dia juga
enggan berkomunikasi menyebabkan pihak polis memaklumkan pihaknya terpaksa
menahannya jika terus berdegil tidak mahu meninggalkan bangunan KPDNKK.
 “Kita akan potong
mangga ini dan minta kerjasama haji (Fadzilah). Saya tak mahu guna kekerasan
dan berlaku kekerasan.

“Saya minta maaf terlebih dahulu sebelum potong mangga
pada rantai haji. Kalau haji beredar dari sini, kita tidak akan buat tangkapan.
Minta haji beredar dari sini. Kita betul-betul minta haji untuk beredar dari
sini.
“Kalau haji berkeras kita buat tangkapan atas haji
sebab menghalang atau ingkar arahan untuk beredar dari sini,” katanya.
Sebelum itu, pada sebelah petang kelmarin, Fadzilah tiba
bersama rombongan PPIM di lobi bangunan KPDNKK Putrajaya, bertindak menutup
mulut dan merantai kakinya dengan rantai besi sepanjang 40 meter sebelum duduk
di tangga lobi.
Bagaimanapun, selepas dipujuk oleh Pengarah Unit Tindakan
Khas PPIM, Yusuf Azmi, Fadzilah akur dan diusung keluar meninggalkan lobi
bangunan KPDNKK dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna
putih, kira-kira jam 9 malam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel