Connect with us

Berita Lain

Trump Puji Najib Berjaya Urus Dialog ASEAN-AS


MANILA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan menganjurkan Dialog
ASEAN-Amerika Syarikat (AS).
Menurut kenyataan pihak Kementerian Luar, acara perbincangan
pelbagai hala berkenaan diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31
di ibu kota Filipina itu, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malaysia merupakan negara penganjur dialog tersebut yang
diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan negara kuasa dunia itu
dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,
Najib atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat
menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” katanya.
Trump berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena dialog
tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina di sini yang
dipengerusikan sendiri oleh Presiden Filipina, Rodrigo Dutarte.
Fokus dialog tersebut antara lain akan membincangkan
mengenai kejayaan hubungan 40 tahun kedua-dua rantau, isu berbangkit seperti
pertikaian Laut China Selatan, keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa
depan.

Ini merupakan penyertaan kali pertama Trump dalan
persidangan serantau tersebut sejak dilantik sebagai presiden pada 20 Januari
lalu bagi menggantikan pentadbiran Barack Obama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel