Connect with us

Berita Lain

Tuduh Bugis Lanun, Jusuf Kalla Desak Dr M Mohon Maaf



JAKARTA, 7 Nov — Wakil presiden Indonesia Jusuf Kalla mahu
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap orang
Bugis yang dikaitkan dengan lanun.

Menurut agensi berita Antara, Jusuf berkata kenyataan bekas
perdana menteri Malaysia itu bukan sahaja menyinggung dan menghina suku Bugis
di Malaysia, malah di Indonesia.
“Pertama, sebagai orang Bugis saya protes dan terkejut.
Maka, Mahathir harus minta maaf.
“Orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi selatan, tapi
di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” katanya di Jakarta pada Selasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran
parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas cuba mengaitkan
keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mungkin berasal
daripada lanun Bugis.
Semalam, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain
Mohamed Hashim berkata menyedari tanggungjawabnya sebagai duta dalam menjaga
keharmonian kedua-dua negara, beliau telah mengambil inisiatif mengutus surat
kepada Dr Mahathir pada 23 Oktober lepas supaya Dr Mahathir mengambil langkah
sewajarnya untuk menjernihkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
Namun, jawapan Dr Mahathir dalam surat bertarikh 1 November
itu bukan sahaja tanpa memohon maaf, malah berterusan memburuk-burukkan Najib,
katanya.
Kenyataan Dr Mahathir itu telah menimbulkan rasa kurang
senang orang Bugis di Indonesia, sehinggakan Kedutaan Malaysia di Indonesia
terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kedutaan, selain turut
menerima memorandum daripada Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia pada
20 Oktober lepas menyatakan rasa marah mereka terhadap kenyataan Dr Mahathir. —
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel