Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Rela Dipersalahkan Atas Ops Lalang

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara pertama dilakukan
selepas menjadi perdana menteri ialah mengarahkan tahanan politik yang
dipenjara mengikut ISA dibebaskan. – Foto: The Malay Mail

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tanggungjawab atas penahanan
serta seksaan dialami tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa
Operasi Lalang walaupun keputusan untuk menangkan seseorang bukan terletak di
tangannya.
Kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu beliau sendiri
pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh
penahanan dipendekkan menjadi setahun.
“Mereka (polis) tidak setuju,” katanya dalam
catatan terbaru di blog beliau hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana menteri keempat Malaysia itu juga diberitahu bahawa
tahanan ISA turut diseksa.
“Saya kesal tahanan Ops Lalang diseksa. Ini melanggar
undang-undang,” katanya.
Beliau juga menyatakan perkara pertama dilakukannya selepas
menjadi perdana menteri ialah mengarahkan semua 21 tahanan politik yang
dipenjara mengikut ISA dibebaskan.
“Saya melakukannya kerana saya tak suka penahanan tanpa
bicara sejak Aziz Ishak ditangkap,” katanya merujuk kepada tokoh pejuang
kemerdekaan, penulis dan wartawan yang pernah bergiat dalam pertubuhan Kesatuan
Melayu Muda (KMM).
ISA digantikan
Adik kepada presiden pertama Singapura itu dilantik menjadi
menteri dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bagi tempoh 1955 hingga
1963.
Beliau dituduh menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan
ejen Indonesia semasa Malaysia berkonfrontasi dengan negara terbabit. Aziz
menafikan tuduhan berkenaan namun beliau ditahan antara 1965 hingga.
Kata Dr Mahathir beliau berharap sepanjang tempoh menjadi
perdana menteri tiada sesiapa yang perlu ditahan mengikut ISA.
Walaupun begitu ramai orang ditahan mengikut akta berkenaan
sepanjang tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Satu daripada penahanan yang dikenang ramai ialah Ops Lalang
yang berlaku 30 tahun lalu.
Namun beliau mengingatkan penahanan mengikut ISA juga
berlaku di bawah tiga perdana menteri sebelumnya.
“Mereka tidak pernah dibebaskan atas arahan perdana
menteri terbabit,” katanya.
ISA digubal pada 1960 untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman
dalam negara.

Ia memberi kuasa kepada polis menahan seseorang sehingga 60
hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh.
Walaupun ia bertujuan untuk menghadapi anasir berbahaya
pengkritik mengecam akta berkenaan kerana dilihat menjadi alat kepada kerajaan
mendiamkan pembangkang.

ISA kini sudah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel