Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Ada Jemaah Batalkan Umrah Gara-Gara Video Palsu Mengatakan Jeddah Akan Dilanda Bencana Alam Dan Ribut Taufan


Video ribuan monyet yang melintasi jalan raya di
Arab Saudi yang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai netizen
di negara kita sejak bebarapa hari lepas dikatakan hanyalah satu posting palsu.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit itu menunjukkan
haiwan tersebut berpusu-pusu melintasi lebuh raya yang menghubungkan Mekah dan
Madinah.
Kerana video itu lelaki berkenaan mendakwa haiwan
itu sedang berhijrah dari Jeddah ke Madinah kerana akan berlaku bencana alam
dan gempa bumi di kawasan berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun ternyata apa yang dimuatnaik oleh
lelaki berkenaan adalah palsu semata-mata kerana kejadian monyet melintas
berkenaan adalah perkara biasa berlaku di Arab Saudi.
Untuk menguatkan dakwaan itu lelaki berkenaan turut
memuatnaik video kononnya Jeddah dilanda ribut baru-baru ini sedangkan video
itu menunjukkan kejadian ribut yang berlaku di akasya AVM di Instambul pada 27
Julai lalu dan ceramah seorang ustaz tentang kisah akhir zaman.


“Ribuan monyet dari jeddah berhijrah ke madinah
..dipercayai akan berlaku bencana dan gempa bumi…Allah menggoncangkan kota
jeddah yg banyak kejadian haram berlaku dijeddah yg di banjiri ribuan tentera
US dijeddah ..konon nak mengawal timur tengah dari ancaman pengganas,syiria dan
iran.”
“Subhanallah..jeddah banjir dan ribut taufan berlaku
sekarang…Allahhuakbar,” tulis lelaki berkenaan bersama video-video itu.
Ternyata niat lelaki berkenaan berjaya menakutkan orang
ramai apabila ramai netizen dilihat telah berkongsikan posting itu sebanyak
6,538 kali ketika ini, bahkan kerana posting itu ada jemaah hampir membatalkan
umrah mereka kerana bimbang dengan kejadian bencana alam itu.
Memetik portal StepFeed, kejadian monyet melintas tersebut adalah
merupakan perkara biasa berlaku kerana kawasan berkenaan merupakan laluan utama
dan monyet-monyet berkenaan bertumpu di sana kerana ramai jemaah lalu lalang
memberi makanan kepada mereka.
Pusat Kebangsaan Gempa Bumi dan Gunung berapi, yang
merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Geologi Arab Saudi mengatakan
bahawa pergerakan haiwan jenis ini tidak menandakan sebarang  bencana alam.
Manakala menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap di
Arab Saudi bernama Masnira Ramli, beliau menerima begitu banyak pertanyaan
mengenai khabar angin ini sehinggakan tidak larat menjawab.
Beliau membuat satu posting menjawab segala persoalan ini.

“Wahai malaysia ku.. bangsaku.. stop lah percaya
cerita2 karut dan fitnah. Stoplah tularkan benda2 yang tiada asas,” tulis
beliau.
Beliau juga menasihatkan supaya mana-mana jemaah haji yang
takut dengan khabar angin itu supaya jangan membatalkan umrah mereka kerana
berita tidak tahu hujung pangkal itu.

“Monyet banyak je kat sini.. kat taif banyak.. ada satu
kawasan dalam video ni memang banyak monyet kat situ.. kalau nak ke madinah
memang biasa jumpa.”
“Dah, kesian monyet-monyet ni jadi mangsa cerita rekaan
manusia,” tulis beliau mengakhiri penerangannya. 

– Siakapkeli.my

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel