Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Arwah Mengadu Rasa Tak Sedap Hati Sebelum Maut Di Litar Sepang


Sebelum masuk ke litar, arwah ada mengadu rasa tidak sedap
hati dan takut untuk menunggang,” kata rakan kepada Allahyarham Wan Fauzi Wan
Yusuf, 49, yang meninggal dunia ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di
Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, hari ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, arwah
yang turut dikenali dengan panggilan ‘sifu’ atau Palo Kuba dalam kalangan rakan
tiba di SIC seawal 5.55 pagi.
“Kami antara kumpulan yang terawal tiba di sana. Ketika
sedang berborak sebelum masuk ke litar, arwah mengadu takut untuk menunggang,
sebelum saya meyakinkan dia supaya berhati-hati dan tunggang dengan selamat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum pulang pada jam 12.30 tengah hari, saya sempat
berborak dengan arwah. Namun sekitar jam 4 petang saya mendapat berita arwah
meninggal dunia akibat kemalangan di litar SIC,” katanya ketika dihubungi.
Dia berkata, anak arwah memaklumkan bapanya dipercayai
pengsan sebelum terjatuh ketika berada di selekoh terakhir lalu melanggar
penghadang di sebelah kiri litar.
“Sepanjang berada di litar dan menunggang motosikal, saya
perhatikan arwah tidak menanggalkan sutnya dan cuaca pada hari ini juga panas
terik.
“Itu mungkin salah satu faktor arwah dipercayai pengsan
sebelum terjatuh,” katanya.
“Jenazahnya dibawa ke Hospital Putrajaya dan kami semua akan
ke kampung halamannya di Jerantut, Pahang, bagi memberi penghormatan terakhir
serta menghadiri majlis tahlil,” katanya.
Menurutnya, mereka menyertai acara di litar Sepang untuk
menguji ‘jentera’ masing-masing selain meningkatkan kemahiran menunggang.
“Arwah dikenali sebagai seorang yang berani dan sangat mesra
dengan rakan-rakan malah saya sendiri sering berkonvoi bersama arwah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner
Zulkifli Adamshah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih menyiasatnya.

“Punca kematian masih belum diketahui kerana perlu menunggu
hasil laporan bedah siasat di Hospital Putrajaya,” katanya.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel