Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Polis Sahkan Lelaki Tendang Belakang Wanita Di Jejantas Berdekatan Bank Negara Sudah Ditahan



Seorang lelaki yang dirakam perbuatannya menendang seorang wanita,
seperti yang tersebar di media sosial, secara sengaja di jejantas dari Bank
Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut sudah di tahan pihak berkuasa
semalam.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, pihak
polis menahan suspek yang berusia 44 tahun itu di hadapan pondok bas di sebuah
masjid di Kampung Baru Muda, Jalan Ipoh kira-kira jam 11 malam.
“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah
lampau bersabit ugutan, khianat dan mencederakan orang.
“Suspek sebelum ini pernah dihukum penjara tiga bulan
kerana menendang belakang seorang setiausaha wanita yang bertugas di Bukit
Aman, Julai tahun lalu,” katanya lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Laporan media semalam menyebut bahawa seorang lelaki dilihat
sengaja menendang seorang wanita yang sedang berjalan di hadapannya seperti
yang dirakam dalam rakaman berdurasi 14 saat yang menjadi tular di media
sosial.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada kira-kira 1.30
petang, mangsa berusia 35 tahun itu sedang berjalan kaki menuju ke Jalan Raja
Laut melalui jejantas tersebut secara berseorangan ketika keluar dari pintu
BNM.
Suspek yang ketika itu dirakam berada di belakang mangsa
kemudian secara tiba-tiba menendang belakang wanita itu menyebabkan mangsa
terjatuh di atas tangga jejantas. Suspek kemudian beredar dari tempat kejadian
seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Mangsa menanggung kecederaan sakit di bahagian belakang
badan akibat kejadian itu.
Menurut polis, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 325
Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Suspek sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara atas
jenayah yang sama apabila menendang mangsa di laluan pejalan kaki Stesen LRT
Bandaraya ke Stesen Komuter BNM, tahun lalu.
Pada tahun 2013, suspek juga pernah ditahan pihak berkuasa
kerana membawa parang ketika masuk ke dalam BNM.



– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel