Connect with us

Berita Lain

Waris Mangsa Kemalangan Dicari


KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan
waris yang meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan Pekan Subang arah ke
Jalan Bukit Badak berhampiran pasar raya Econsave, Kampung Melayu Subang,
Sungai Buloh dekat sini di sini, 27 Oktober lalu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa
merupakan pejalan kaki terbabit kemalangan dengan sebuah lori menyebabkannya
cedera parah di kepala dan beberapa bahagian tubuh lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu
pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Asisten Superintenden Ramzi Mahmudin,
berkata buat masa ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa
ekoran tiada dokumen pengenalan diri ditemukan semasa kejadian.
“Mangsa kemudiannya dirawat Hospital Sungai Buloh, dekat
sini bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7 November lalu.
“Buat masa ini mayatnya berada di Unit Forensik sementara
kita berusaha untuk mengesan warisnya bagi membolehkan mayatnya dituntut,”
katanya di sini hari ini.
Jelas beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, mereka yang mengenali mangsa atau mempunyai
maklumat mengenai warisnya diminta berhubung dengan pegawai penyiasat,
Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-3940423 atau mana-mana balai polis
berdekatan.

– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel