Connect with us

Berita Lain

Baitulmaqdis: ATM Tunggu Arahan Pucuk Pimpinan

Foto: Al Jazeera


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa
bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung
negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu
berkenaan.
“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan
daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami
junjung.
“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed
Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata
Hishammuddin dalam ucapan pengulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno
2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh
dunia Islam.
“Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita yang sangat
membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Marilah kita berdoa dan
terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan,” katanya.
Dalam masa sama, Hishammuddin turut memohon para perwakilan
untuk berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebagai menunjukkan penghargaan
kepada para perajurit negara, yang disifatkannya sebagai perwira tidak
didendang, dalam mempertahankan negara.

Beliau berikrar selagi menyandang jawatan Menteri
Pertahanan, dengan sokongan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, usaha
membela kebajikan tentera dan veteran serta keluarga mereka akan terus
dilaksanakan.
“Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan
kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada
kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga.
“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota
tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang
ditinggal terjaga dan terbela,” katanya.
Hishammuddin turut berjanji bahawa selagi menjadi Menteri
Pertahanan, beliau tidak akan membiarkan walaupun seinci tanah di negara ini
dicerobohi dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Beliau bagaimanapun menyelar tindakan pembangkang yang
sering mempersenda dan bersandiwara sehingga hal keselamatan tidak terlepas
daripada permainan mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini termasuk insiden Lahad Datu yang didakwa
pembangkang satu sandiwara kerajaan…aset ketenteraan dan kapal selam turut
diperlekeh malah hak penempatan tentera sebagai pengundi turut dipertikai.
“Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera
juga yang dicarinya,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menyelar dakwaan sesetengah pihak di Pulau
Pinang yang menafikan sumbangan anggota keselamatan negara dalam membantu
semasa insiden banjir di negeri yang diperintah DAP itu demi agenda politik. –
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel