Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Berang Selepas Ditegur Tidak Bekerja, Suami Libas Isteri Dan Anak Berusia 1 Tahun



MELAKA- Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana disyaki
mencederakan isteri dan dua anak mereka dengan sebilah pisau selepas
perselisihan faham di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel di sini,
pagi semalam.


Sepasukan anggota polis telah menahan suspek yang berusia 33
tahun itu di depan sebuah hotel di Jalan Gajah Berang, kira-kira jam 2.30
petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek dikatakan
bertengkar dengan isterinya selepas dimarahi kerana tidak bekerja dan sering
menagih dadah.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek kemudian bertindak mengambil sebilah pisau pemotong
sayur di dapur lalu melibas ke arah isterinya yang sedang mendukung anak lelaki
mereka.

Isteri suspek berusia 26 tahun cedera dan menerima 17
jahitan di lutut, jari dan kepala, manakala anak berusia setahun itu menerima
13 jahitan di kepala dan tengkuk.

Sementara itu, seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia
lima tahun turut cedera di bahagian perut akibat dilibas dengan pisau yang
sama.

Siasatan awal mendapati selepas kejadian tersebut, suspek
menghubungi ibu mentuanya supaya datang ke rumah untuk membawa ketiga-tiga
mangsa ke Hospital Melaka, kata Ketua Polis Daerah Jasin, Superitendan Arshad
Abu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Anak suspek yang berusia setahun ditahan di Hospital Melaka
susulan kecederaan di kepala dan sehingga jam 5 petang tadi keadaannya
dilaporkan stabil, kata beliau.



Advertisement
Katanya ketika dihubungi, “polis kini sedang mengesan
senjata yang digunakan oleh suspek. Suspek akan dibawa di Mahkamah Majistret Jasin
esok bagi mendapatkan perintah reman dan akan kes akan disiasat mengikut
Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.” 



Sumber:
BH Online.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel