Connect with us

Berita Lain

Gambar Nazri Bersama Ryan Loh Tular

SHAH ALAM –  Gambar
yang menunjukkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz dipercayai bersama bekas Ketua Pengarah Operasi syarikat Integrated
Manasik Monitoring System (Imams) Sdn Bhd, Ryan Loh tular di media sosial sejak
beberapa hari lalu.
Gambar tersebut tular selepas ramai pihak menyuarakan
bantahan bagaimana orang bukan Islam boleh menguruskan hal berkaitan ibadah
umat Islam di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ryan Loh dikatakan sebagai penama yang menandatangani surat
pemberitahuan kepada syarikat pelancongan yang memiliki lesen khas umrah (LKU)
mengenai kadar pembayaran permohonan visa bagi jemaah umrah di bawah sistem
Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu sidang media mengaku tidak tahu bahawa
syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah di
bawah sistem Imams dikendalikan bukan Islam.
Beliau turut mengesahkan Ryan Loh telah meletakkan
jawatannya dalam Imams.
Manakala, Mohamed Nazri seperti dilaporkan media berkata,
keanggotaan pegawai eksekutif bukan Islam dalam Imams bukan punca sistem Imams
dibatalkan serta-merta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, 
sebaliknya, pembatalan sistem itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju
dengan caj dan pelaksanaan yang wajib.
Ini berikutan tular di media sosial kononnya pegawai
eksekutif bukan Islam dalam syarikat itu menjadi antara punca pembatalan sistem
tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel