Connect with us

Berita Lain

Isa Samad sedia disiasat isu Felda ‘hilang’ tanah RM250j Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/isa-samad-sedia-disiasat-isu-felda-hilang-tanah-rm250j#Bj4hVD77AgWArIGb.99


PORT DICKSON, 25 Dis — Bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu
pemindahan hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau berakta pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan selepas
pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis dan sidang
media mengenai perkara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setakat ini, polis belum panggil saya, biar polis
jalankan tugas. Tetapi, saya sedia beri kerjasama sekiranya polis atau
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) panggil.
“Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini
dijadikan polemik politik” katanya kepada pemberita semasa menghadiri
Kempen Tabung Hari Pahlawan 2017 peringkat parlimen Teluk Kemang di Batu 4 di
sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Mohd Isa yang juga penaung
Persatuan Veteran ATM cawangan Port Dickson menangkis dakwaan kononnya beliau
melarikan diri daripada pihak media.
“Ramai cakap saya lari, mana ada saya lari, saya ada
banyak program di sini, Jempol dan Seremban,” katanya.
Mohd Isa pernah menjadi pengerusi Felda dari 2011 hingga
Januari 2017, pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1
Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai
2013 hingga 2017.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khamis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak
ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan
bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi
yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju
utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkannya.
Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat
transaksi pindah milik tanah itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil
Mohd Isa bagi membantu siasatan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel