Connect with us

Berita Lain

Kebebasan Bersuara Milik Rakyat Jika Bersatu Memerintah


SHAH ALAM – Bersatu akan memastikan kebebasan bersuara di
negara ini dikembalikan sekiranya mereka memegang tampuk kuasa pada PRU akan
datang.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan
menangkap dan menahan mereka yang berucap atau menyuarakan pandangan di media
sosial demi kepentingan politik pihak pemerintah akan dihentikan sebaik sahaja
Bersatu berjaya mengambil alih kerajaan nanti.
“Kebebasan bersuara oleh individu dan media akan
dikembalikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti
kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin mereka atau
media sosial supaya sesuatu yang tidak melanggar undang-undang dijadikan
jenayah untuk polis menyiasat.
“Ugutan akan disiasat oleh polis sudah dijadikan alat
pemerintahan ketika ini untuk melindung jenayahnya. Kita sedih kerana polis
juga tidak patuh undang-undang dan aturan peraturan,” katanya ketika
berucap pada Perhimpunan Agung Bersatu, di sini, hari ini.
Mahathir berkata, pihaknya juga akan melakukan pengasingan
kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana dan penghakiman bagi mengelakkan
penguasaan Perdana Menteri terhadap ketiga-tiga institusi itu.
Beliau bagaimanapun mengakui Bersatu tidak mungkin dapat
menandingi BN sekiranya bergerak bersendirian.
“Untuk menang kita perlu bergabung dengan parti yang
berhaluan sama dengan kita, sekarang kita sudah tubuh Pakatan Harapan (Harapan)
melalui gabungan empat parti sehaluan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita perlu ketepikan kepentingan diri dalam parti
kita, kita juga sebagai ahli dalam gabungan perlu perpaduan dengan parti lain
dalam gabungan dan sokong calon parti rakan dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakan Harapan untuk menerima
secara terbuka jika tidak dapat bertanding kerusi yang mereka mahukan.

Advertisement
“Tiap satu parti dalam Harapan akan diberi sebilangan
dari kawasan pilihan raya. Sudah tentu kita tidak akan dapat semua kawasan di
mana bahagian kita ditubuhkan di Semenanjung,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel