Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Boleh Saman Motley Dan Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap Tun
Dr Mahathir Mohamad dan peguam hak asasi manusia, Kimberley Motley kerana
menghina sistem perundangan di negara ini selepas membuat kenyataan bersama
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tahanan politik.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal
Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek,
berkata jelas kenyataan bersama itu tuduhan tidak berasas kerana Anwar
disiasat, ditahan, didakwa dan dibicarakan mengikut undang-undang negara ini
secara terbuka.
Katanya, Anwar bukannya tahanan politik seperti Nelson
Mandela dan Mahatma Gandhi yang ditahan tanpa perbicaraan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Anwar melalui proses keadilan yang sama seperti orang
lain, malah beliau dibenarkan membuat rayuan dan ada pemerhati bebas yang
dilantik untuk perbicaraannya.
“Jadi dakwaan menyatakan Anwar tahanan politik adalah
satu fitnah dan kerajaan boleh mengemukakan saman terhadap Motley dan Dr
Mahathir,” katanya mengulas tindakan Motley bersama Dr Mahathir mendesak
kerajaan membebaskan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara 34 bulan, kerana
bekas pemimpin itu adalah tahanan politik.
Dalam kenyataan bersama itu, Motley yang mendakwa mewakili
Anwar sejak 7 September lalu atas dasar pro bono mahu bekas Timbalan Perdana
Menteri itu dibebaskan segera kerana memerlukan penjagaan perubatan yang
kononnya dinafikan haknya akibat penahanannya itu.
Untuk rekod, Anwar yang baru saja menjalani pembedahan bahu
sedang menjalani rawatan pemulihan di bawah seliaan pakar Hospital Kuala Lumpur
(HKL).
Abdul Halim yang juga Profesor Undang-Undang Sekolah
Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, fitnah yang dilemparkan
Motley dan Dr Mahathir serius kerana ternyata penahanan Anwar tiada kaitan
dengan kerajaan.
Beliau berkata, kenyataan bersama itu juga menjejaskan
reputasi dan rekod baik sistem kehakiman negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebagai peguam hak asasi, Motley sepatutnya dapat
menimbangkan dengan waras sama ada penahanan Anwar itu sah dan mengikut
undang-undang negara ini atau tidak,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Pakatan
Pembangkang yang menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri katanya,
tindakan itu hanya menyebabkan orang ramai menjauhkan diri daripada parti
pembangkang kerana bekas Perdana Menteri itu sudah berusia 93 tahun.

Advertisement
“Ini urusan ‘rumah tangga’ pakatan pembangkang, cuma
saya suka hendak menasihatkan kepada mereka, bahawa calon Perdana Menteri
mereka itu sudah 93 tahun, mempunyai rekod yang tidak berapa baik sepanjang
menjawat jawatan itu malah beberapa bekas Menteri menyatakan kepemimpinannya
adalah ‘kuku besi’,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel