Connect with us

Berita Lain

Ketua Puteri UMNO Tawau Buat Laporan Polis


TAWAU – Ketua Puteri UMNO Tawau Nazliah Ali hari ini membuat
laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kenyataan fitnah
terhadap dirinya oleh tiga akaun Facebook.
Beliau berkata fitnah yang turut tular di aplikasi WhatsApp
itu kononnya beliau merupakan wanita yang ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia
kerana menyeludup dadah ke republik itu merupakan satu pembohongan, tuduhan
jahat dan tidak berasas terhadap dirinya dan parti UMNO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tuduhan itu mengaibkan serta menjatuhkan maruah saya
sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau dan secara tidak langsung mencemarkan
imej baik Puteri UMNO Sabah serta Puteri UMNO Malaysia.
“Tidak ada mana-mana anggota UMNO Tawau terlibat dengan
tuduhan berat sedemikian,” tegasnya dan meminta pihak polis dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap
individu yang memfitnah serta menularkan perkara tidak betul itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di IPD
Tawau di sini selepas membuar laporan itu, Turut hadir Naib Ketua Puteri UMNO
Sabah Zakiah Kalipunya dan kira-kira 20 anggota Puteri UMNO Tawau.
Sejak semalam tiga akaun Facebook berkenaan memuat naik
kenyataan berbaur fitnah itu terhadap Ketua Puteri UMNO Tawau di laman sosial
masing masing dan kenyataan tersebut turut tular di WhatsApp.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus
berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak
berkuasa Indonesia berkaitan penahanan wanita Malaysia itu yang dikatakan dari
Tawau.

Advertisement
Pada Jumaat lalu, portal Tribunes News melaporkan pihak
berkuasa Indonesia menggagalkan usaha seorang wanita Malaysia menyeludup masuk
kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu melalui pelabuhan Nusantara Parepare
Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel