Connect with us

Berita Lain

Najib Tiup Semangat UMNO Untuk Hadapi PRU14


KUALA LUMPUR – Segala-galanya sudah
sedia dengan strategi untuk kejayaan telah disusun tatkala Datuk Seri Najib Tun
Razak meniup semangat kira-kira 3.6 juta anggota UMNO untuk mendepani Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-14, satu pemilihan yang dijangka sengit.
Sepanjang lima hari perhimpunan parti
sejak Selasa lalu sehingga hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini,
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri berjaya menanam keyakinan dalam minda
perwakilan dan juga anggota lain bahawa parti yang bakal berdepan pilihan raya
itu adalah sebuah parti yang kuat, boleh dipercayai serta mampu meneruskan
legasinya dalam aspek kepimpinan negara yang kukuh.
Seperti yang dinyatakan oleh seorang
pembahas, UMNO dilahirkan secara terhormat, sejarahnya selama tujuh dekad
dipenuhi pengorbanan dan sumbangan kepada rakyat dan negara – tidak seperti
sesetengah parti pembangkang yang bersandarkan faktor kemarahan dan kekecewaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perhimpunan Agung UMNO menghantar satu
mesej jelas bahawa parti itu teguh di belakang Najib.
Najib beruntung kerana beliau mengemudi
bahtera UMNO sebagai satu-satunya nakhoda – tidak seperti barisan pembangkang
Pakatan Harapan yang mempunyai beberapa juragan dengan masing-masing mempunyai
destinasi sendiri.
Dalam ucapan penangguhannya hari ini,
Najib menyasarkan ketidakkonsistenan serta huru-hara yang menguasai kem
pembangkang.
Ringkasnya, beliau mengatakan prestasi
bersifat ‘kartun’ ini bukanlah caranya untuk mentadbir sebuah negara seperti
Malaysia.
Najib berkata apa yang ditawarkan oleh
UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikannya, sekarang dan pada masa
depan ialah agenda menyeluruh dengan inisiatif-inisiatif yang akan memberi
faedah pada setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Sokongan terhadap Najib itu terbukti
menerusi ikrar dan kenyataan oleh ketua Puteri, Pemuda dan Wanita serta Naib
Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan
Presiden dalam ucapan penggulungan masing-masing sebelum itu.
Sorakan kuat dan tepukan gemuruh
perwakilan yang memenuhi Dewan, menyulami ucapan Najib, menandakan mereka juga
memberi sokongan penuh kepada Najib.
UMNO juga mengelakkan perebutan
kepimpinan pada masa depan apabila perwakilan secara sebulat suara menyokong
usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.
Selain itu, Najib turut membuatkan
ramai yang tersenyum apabila beliau merujuk Ahmad Zahid sebagai Timbalan
Presiden de facto pada awal ucapannya.
“Perkara ini (usul tiada pertandingan)
membawa kestabilan dalam parti. Kestabilan dari segi kepimpinan parti akan
diterjemahkan kepada kestabilan landskap politik dalam negara,” kata Bendahari
UMNO yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak.
Najib katanya merupakan pemimpin
berwawasan yang berhasrat membawa Malaysia ke peringkat lebih gemilang dan
beliau mampu mencapainya dengan orang kanan yang setia dan tekun di sisi.
Perkembangan terbaharu ini membolehkan
parti tunjang BN itu memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya dan memastikan
kemenangan besar.
Sememangnya pembangkang tidak mempunyai
banyak isu untuk dilontarkan berikutan rekod cemerlang UMNO dan BN dari segi
sumbangan kepada rakyat dan negara.
Kisah-kisah kejayaan inilah yang patut
diuar-uarkan oleh anggota UMNO dan BN berserta perkara-perkara lain yang bakal
dilunaskan dengan kemenangan besar dalam PRU14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun begitu, mengambil kira dengan apa
yang berlaku semasa PRU13 apabila pembangkang bermain dengan sentimen rakyat
menerusi perang persepsi terhadap UMNO dan BN, Najib memberi ingatan PRU14
bukan perkara enteng.
Beliau mencabar anggota UMNO untuk
berusaha sehabis kudrat memerangi kepalsuan dan salah tanggapan dengan menjadi
lasykar siber.
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dalam
ucapan penggulungannya menekankan bahawa UMNO adalah parti masa depan dan ini
perlu dicerminkan dalam barisan calon PRU.
“Kita perlu kepelbagaian dalam barisan
calon ini. Selain senior, masukkan lebih ramai wanita dan calon-calon muda agar
kita dilihat sebagai sebuah parti yang muda dan kontemporari,” katanya yang
mengakui keputusan akhir terletak di tangan Najib. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel