Connect with us

Berita Lain

Nilai Tanah Felda RM1b, Harga Jual RM270j


KUALA LUMPUR: Nilai semasa tanah FELDA di Jalan Semarak yang
diambil alih untuk dimajukan pembangunan bercampur projek Kuala Lumpur Vertical
City (KLVC) dianggarkan mencecah kira-kira RM1 bilion.
Angka itu jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta
dalam empat perjanjian jual beli tanah (SPA) antara FELDA dengan syarikat
pemaju KLVC, Synergy Promenade Sdn Bhd sebelum ini.
Eksekutif Penilaian Kanan sebuah syarikat penilaian swasta,
Umran Suffian Husin, berkata berdasarkan data jualan hartanah, anggaran nilai
tanah di kawasan Jalan Gurney, Jalan Maktab dan Jalan Semarak adalah antara
RM1,300 hingga RM1,600 sekaki persegi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini adalah anggaran kasar memandangkan nilai hartanah
di kawasan itu bergantung kepada saiz, zon kegunaan tanah dan lokasi
sebenar,” katanya kepada BH, semalam.
Anggaran berkenaan juga dikongsi oleh sumber rapat dalam
projek KLVC itu yang menyatakan nilai semasa tanah di kawasan itu boleh
mencecah sehingga RM1,950 sekaki persegi.
BH difahamkan beberapa kumpulan syarikat luar negara,
termasuk dari China pernah bertemu pemaju untuk membeli tanah terbabit, tetapi
KLVC lebih berminat membangunkannya sendiri.
Khamis lalu, BH melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke
atas tanah strategik itu menerusi transaksi pindah milik tanah mencurigakan
sejak 2015.
Projek KLVC membabitkan pembinaan tujuh menara, termasuk
menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.
Semalam, FELDA dalam satu sidang media mengesahkan laporan
itu dengan mengumumkan rancangan mengambil tindakan tegas untuk mendapatkan
kembali hak ke atas tanah yang telah bertukar milik secara diragui kepada
Synergy Promenade.
Pendirian itu dibuat Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul
Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agensi itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Februari lalu
mengarahkan supaya laporan polis dibuat berikutan penemuan pindah milik tanah
yang meragukan itu.
Transaksi berisiko


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah
Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor, berkata langkah FELDA memberi
surat wakil kuasa penuh kepada pemaju menjadikan transaksi itu berisiko kerana
mendedahkannya kepada penyalahgunaan kuasa oleh pemaju.
Katanya, dari segi perundangan hartanah, langkah itu seperti
menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah kepada pemaju tanpa campur tangan
pemilik tanah, sekali gus memungkinkan tanah itu dipindahmilikkan kepada pihak
ketiga tanpa pengetahuan FELDA sendiri.
“Bagaimana FIC (Felda Investment Corporation Sdn Bhd)
sebagai anak syarikat FELDA, sewenang-wenangnya memberikan surat wakil kuasa
penuh kepada pemaju untuk membangunkan projek yang begitu besar.
“Ramai mahu tahu sama ada transaksi pembangunan tanah
itu mematuhi terma perundangan yang sewajarnya atau sebaliknya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel