Connect with us

Berita Lain

Pas Perlukan Sokongan Ahli Umno


MARANG – Pas mengakui sokongan ahli dan penyokong parti
sahaja belum cukup untuk membuat perubahan dan masih memerlukan banyak sokongan
termasuk daripada ahli Umno.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas
menghadapi cabaran dan gelombang politik yang banyak dalam tempoh 60 tahun.
“Walaupun demikian bukan sahaja parti ini tidak mati
tetapi cahayanya tidak padam. Bahkan ahli-ahlinya makin bertambah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Untuk makluman semua… tahun ini kita menerima ahli
baharu yang sangat mengejutkan. Jumlah 41,000 ahli baharu, tahun ini.
“Oleh kerana itu, jangan bimbang ada mereka yang
‘serpih’ itu keluar parti kerana mereka yang masuk parti lebih ramai,”
katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian pada Jamuan Dana
PRU14 Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang di Dewan Tok Guru di Rusila, di sini,
malam tadi.
Beliau berkata, Islam adalah seperti pokok subur dan rimbun,
kalau dipotong dahannya bukan sahaja pokok tidak mati, akan ditumbuh tunas dan
cabang yang banyak.
“Hari ini kita mempunyai 195 kawasan daripada 222
kawasan Parlimen di seluruh negara bermakna sebahagian besar kawasan Parlimen
sudah ada kawasan Pas.
“Kita perlu sedar negara kita yang mengamalkan
demokrasi berparlimen memerlukan undi yang banyak untuk mendapatkan kuasa.
“Kita tidak boleh menang dengan ahli-ahli Pas sahaja,
tidak boleh menang dengan penyokong-penyokong Pas sahaja. Kita perlu pada orang
lain mengundi kita.
“Sama ada orang atas pagar, parti lain termasuk orang
Umno sendiri mesti diajak mengundi kita untuk membuat perubahan politik negara
kepada Islam,” katanya.
Ini kerana, katanya, Malaysia sudah merdeka dalam masa cukup
panjang iaitu 60 tahun merdeka namun banyak perkara negatif dan membimbangkan
berlaku.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ancaman kepada Islam dan umat Islam, bukan kerana kita
fanatik, taksub kepada Islam tetapi yang boleh menyelamatkan negara dan umat
ialah Islam,” katanya.
Beliau berkata, politik sangat mempengaruhi ekonomi dan
masyarakat tetapi orang kita memandang ringan dalam masalah politik ini.
“Seperti disebut ketua Pas kawasan… pengundi muda
lebih 50 peratus khususnya pengundi orang Islam yang merupakan 67 peratus
penduduk Malaysia. Kaum lain berpecah pecah peratusannya,” katanya.
Namun katanya, kesedaran orang Islam berkenaan politik tidak
kuat dan tidak matang, masih banyak kalangan mereka termasuk orang muda sendiri
merasakan politik tidak perlu dikisahkan dan diambil kira sangat.
“Mereka tidak sedar bahawa kenaikan harga barang,
susahnya kos sara hidup, masalah jenayah dan masalah salah laku ialah kerana
salah politik, salah mengurus negara tidak berdasarkan kepada dosa dan pahala
diajarkan oleh Islam,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel