Connect with us

Berita Lain

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Felda


Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes
Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
berkata pasukan itu ditubuhkan sehari selepas laporan polis dibuat oleh Felda
pada 12 Disember lalu dan siasatan dijalankan menurut Seksyen 420 dan Seksyen
471 Kanun Keseksaan iaitu berhubung penipuan dan pemalsuan dokumen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas laporan diterima, kami membuka satu kertas siasatan
serta menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah Polis Diraja Pulau Pinang, di George Town malam tadi.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil
bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan
“Saya difahamkan beliau tiada di dalam negara ketika ini.
Jadi, bila (beliau) dah balik polis akan ambil keterangan daripadanya,”
katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil beberapa pihak
lain untuk diambil keterangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Selepas selesai rakam percakapan, kita akan lihat mana
arah tuju kes tersebut,” katanya.
Kelmarin, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas
kawasan strategik yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala
Lumpur susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan
berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula
hak ke atas tanah agensi itu termasuk membuat laporan polis pada 12 Disember
lalu.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel