Connect with us

Berita Lain

Rahsia Gadis Maut Dijerut Leher, Dikelar Terbongkar Selepas Teman Lelaki Mengaku Membunuh Kerana Mahu Harta


Misteri kematian seorang gadis yang ditemui dalam keadaan
menyayat hati di rumahnya di Kecamatan Setu, Tangerang Selatan, Indonesia,
Isnin lalu terbongkar apabila pembunuhan itu dirancang sendiri oleh teman
lelaki mangsa.
Memetik Tribunews, lelaki itu dan seorang lagi suspek
merancang membunuh mangsa, Siti Nurhayati, 22, yang merupakan seorang guru
kerana mahu membolot harta dan barangan milik gadis malang itu.
Pegawai polis siasatan jenayah daerah Tangerang Selatan AKP
Alexander berkata mangsa ditemui dalam keadaan tangan kanannya mengalami kesan
luka akibat dikelar, leher bercalar serta terdapat kesan tikaman pada bahagian
perut, dipercayai menggunakan senjata tajam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, beberapa bahan bukti seperti pisau, gelas dan topi
berwarna hitam dipercayai milik suspek ditemui di tempat kejadian yang
seterusnya membawa kepada penangkapan dua suspek tersebut.
Alexander menambah, kedua-dua suspek berjaya ditahan di
dearah Subang ketika suspek cuba melarikan diri dan bersembunyi daripada pihak
polis.
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 23 dan 22 tahun
mengakui merancang, merompak dan membunuh mangsa.
“Suspek sudah merancang jenayah tersebut bagi mendapatkan
harta benda mangsa.
“Mereka mengambil kad ATM milik Siti Nurhayati, melarikan
motosikal dan mencuri telefon bimbit mangsa. Salah seorang daripada mereka
merupakan teman lelaki mangsa dan dia mengetahui nombor pin ATM tersebut,”
katanya, semalam.
Selepas disoal siasat, Alexander berkata rancangan membunuh
mangsa dilakukan dengan cara teman lelaki mangsa berpura-pura bertengkar dengan
gadis itu sebelum seorang lagi suspek melakukan serangan ke atas mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ketika mangsa sedang bertengkar dengan teman lelakinya,
seorang lagi suspek menjerut leher mangsa dengan menggunakan tali pinggangnya.
“Kemudian teman lelaki mangsa mengambil pisau di dapur lalu
mengelar tangan mangsa sebelum bertindak melarikan motosikal dan beberapa lagi
barangan milik gadis itu,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel