Connect with us

Berita Lain

Shahrir Akui FELDA ‘Hilang’ Status Tiga Aset Tanah


kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah
ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA),” kata Tan Sri Shahrir Abdul
Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA, 6 Januari lalu.
Beliau yang mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang
tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak di sini, mahu mengambil
tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali hak FELDA yang sudah bertukar
tangan kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Katanya, keseluruhan kawasan milik FELDA itu bernilai lebih
RM270 juta, namun hanya sebahagian kecil tanah dikenali SPA3 masih di bawah
nama FELDA, manakala tiga SPA lain iaitu SPA1, SPA2 dan SPA4 bernilai
keseluruhan lebih RM250 juta sudah bertukar tangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita bercadang mengambil tindakan undang-undang
terhadap pemaju KLVC dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai
agensi yang meluluskan pindah milik tanah itu.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan perkara
ini, apa yang kita mampu buat adalah cuba meletakkan Kaveat Persendirian,
Februari lalu apabila dapat tahu hal ini berlaku untuk menghalang semua
transaksi,” katanya dalam pertemuan eksklusif BH.
Beliau mengesahkan tanah FELDA bertukar tangan apabila BH
menunjukkan Catatan Carian Persendirian Pejabat Tanah dan Galian Wilayah
Persekutuan bertarikh 1 November 2017.
Catatan itu menunjukkan nama pemilik bagi lot 390 atau
dikenali SPA1 adalah milik sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemaju KLVC
dan bukan lagi FELDA.
Shahrir juga pelik apabila usaha pihaknya meletakkan Kaveat
Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA
tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.
“Lembaga Pengarah FELDA terpaksa meminta bantuan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerja
Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bantu meletakkan Kaveat
Persendirian dan berjaya pada 14 April lalu,” katanya.

Kaveat Persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh
individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi
menyekat atau menghalang sebarang urus niaga tanah itu, termasuk dipindah milik
dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Shahrir mengulas BH Bongkar semalam, FELDA berisiko
kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini yang
dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik
menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Tanah itu, dipercayai dibangunkan dengan projek Kuala Lumpur
Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA
dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Advertisement
Ditanya sama ada orang dalam terbabit dalam urus niaga itu,
Shahrir berkata: “Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuat audit, jadi
soal kesilapan mana-mana pihak akan diketahui kelak, termasuk individu yang
terbabit dalam meluluskan transaksi,” katanya.



Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel