Connect with us

Berita Lain

Suspek Dipercayai Tikam Pemandu Bas Ekspres Direman


KANGAR: Polis telah berjaya mendapat perintah reman menahan
seorang lelaki Cina untuk membantu siasatan berkaitan kes seorang pemandu bas
ekspres yang cedera akibat ditikam oleh penumpang.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar
Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek berusia 42 tahun itu direman selama empat hari
sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 324 Kanun
Kesek­saan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan
senjata atau ­benda-benda lain yang berbahaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari
Kiew berkata, pihak polis telah menahan suspek di rumahnya di Kaki Bukit,
Padang Besar dekat sini pada kira-kira pukul 9 malam tadi.
Beliau bekata, sejak kejadian pada 16 November lalu,
pihaknya telah melancarkan gerakan memburu suspek yang didapati cuba menyorok
daripada dikesan.
Wari berkata, suspek yang merupakan seorang peniaga di Johor
ini juga telah dikenal pasti mempunyai lima rekod lampau jenayah dan juga
dadah.
Dalam laporan akhbar pada 16 November lalu, gara-gara berang
diting­galkan bas ekspres, seorang penumpang lela­ki nekad ‘mengejar’ sebelum
menikam pemandu kenderaan itu dalam kejadian di Stesen Bas Ekspres di Bukit
Lagi, Kangar.
Dalam kejadian kira-kira pu­kul 11 pagi itu, mangsa, Mohd.
Fakhri Yahya, 33, dari Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dikejarkan
ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) akibat kecederaan di bahu kiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel