Connect with us

Berita Lain

TMJ: Ada Pemain Harimau Malaya ‘Besar Kepala’


BONGKAR… Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain ‘besar kepala’ dalam skuad
kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.
Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata mentaliti
pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya,
turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia
(Liga-M).
“Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama,
anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi
tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada
kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk
mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh
mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.
“Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada
peraturan latihan dia sendiri, terdapat lapan atau sembilan pemain senior yang
mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang.
Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan,” katanya pada
sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ketiga sesi 2017-2021 di Wisma FAM di
Kelana Jaya, hari ini.
Berikutan itu, baginda berkata tugas utama ketua jurulatih
baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ialah mengubah mentaliti pemain yang
mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan ​​Cheng Hoe,
Tunku Ismail berkata jurulatih berkenaan diberikan kebebasan dalam
mengendalikan pasukan kebangsaan.
Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada
pada Khamis lepas, selepas Vingada melepaskan ‘kerusi panas’ itu setelah
mengadakan perbincangan bersama TMJ, dengan alasan mahu bertanggungjawab
sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.
Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama enam
bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan,
apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan enam kekalahan,
termasuk dua kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.
Selain Vingada, dua pembantunya – Joao Arnaldo Correia De
Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa, turut melepaskan jawatan
masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad
kebangsaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama
skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K.
Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe
yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan
skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.
Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi
Piala Malaysia pada 2016. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel