Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Upiak Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’


DI SEBALIK karakter lucu, siapa menyangka penyanyi yang mula
dikenali menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil pernah melalui detik hitam
dalam kehidupan.
Menurut Upiak, 32, dia pernah menangis selama tiga hari
mengenang nasib diri ditinggalkan suami kerana tiada restu keluarga mertua
serta wujudnya orang ketiga.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015
kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video
lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan
wanita lain.
“Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini
dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu
bergelar penyanyi,” katanya.
Upiak ditemui semasa sidang media Upiak Silvia Nanda Tak Tun
Tuang  bersama MVM Production yang
berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Sementara itu, Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda
memberitahu dia tidak menolak untuk terus bermastautin di Malaysia.
Bagaimanapun, dia perlu mengambil kira beberapa faktor
sebelum meneruskan kerjaya di negara ini.
“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu
terus tinggal di sini.
“Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih
ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.
Bercakap mengenai lagu Tak Tun Tuang, Upiak berkata dia
tidak menyangka lagu tersebut tular di Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Malah, dia mengakui terkejut apabila mengetahui lagu
tersebut mula popular setelah tiga tahun dirakamkan.
“Saya tidak menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke
tahap ini. Alhamdulillah, ini berkat doa saya dan keluarga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sejujurnya, saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai
ke negara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga di kampung,”
katanya.
Upiak memulakan karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun
dan merakamkan album sulung ketika berusia 21 tahun serta kini memiliki 15 buah
album.


Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel