Connect with us

Berita Lain

Zaid Biadab, Jamal ‘Hentak’ Guna Tukul Besar


SAAT kehangatan Persidangan Agung UMNO (PAU) kali ke-71
sedang membara, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos
tampil dengan demonstrasi terbaharu.
Gimik kali ini, Jamal yang dilihat begitu segak mengenakan
baju Melayu berwarna hijau telah ‘menghentak’ pemimpin DAP Melayu itu, Zaid
Ibrahim dengan tukul besar yang dianggarkan seberat 5 kilogram.
Jamal malahan dilihat berjaya menghentak tubuh ‘Zaid’ yang
tertera dengan ayat “pengkhianat, kurang ajar, biadab” sebelum bertindak
memijaknya pula Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berbuat demikian bagi ‘menyuarakan’ rasa
ketidakpuasan hati susulan kenyataan biadap lagi kurang ajar yang dilemparkan
oleh aktivis DAP itu terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
baru-baru ini.
“Kami rakyat negeri selangor sudah hilang sabar. Kalau tidak
ada tindakan terhadap si ‘haram jadah’ ini, hammer (tukul) inilah yang kami
akan hammer (ketuk) kepala dia!
“Ini amaran keras kami kerana kami anak Selangor tidak mahu
sekali-kali sultan kami dihina, dianjak, dicaci ataupun apa-apa perbuatan
bertentangan dengan etika dan undang-undang,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan berasa kesal
terhadap tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang dilihat masih ‘berdiam
diri’ berhubung perkara berkenaan walhal beliau dilantik oleh Sultan Selangor
sendiri.
“Mana dia Azmin Ali?! Mana Exco Selangor?! Kenapa masih bisu
sampai sekarang? Kenapa pula sampai Sultan Selangor kena bidas, sepatutnya
baginda tak perlu bidas,” katanya dengan nada tegas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Zaid telah bersikap biadab terhadap titah
Sultan berhubung isu Pengerusi Pakatan Harapan yang belum lagi didaftarkan sah,
Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana hina etnik Bugis sebagai lanun.

Advertisement
Susulan perkara itu, pemimpin DAP berkenaan telah dikutuk
dan dikritik oleh pelbagai pihak termasuk sekutu dalam blok pembangkang
sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

– MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel