Connect with us

Berita Lain

Benarkah ‘Amanat Haji Hadi: Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri’?


Semalam Akhbar PAS, Harakah mengeluarkan satu artikel
tulisan seorang penulis parti berkenaan bertajuk ‘Amanat Haji Hadi: Dr MAZA
Lupa Nasihat Sendiri’.
Tulisan itu kononnya saya lupa kepada nasihat saya sendiri
pada tahun 2013 agar mengelakkan diri dari berbincang isu kafir-mengkafir
Amanat Haji Hadi dan beri peluang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab
isu amanat beliau.
Beliau memetik artikel saya tahun 2013 iaitu Menilai Amanat
Haji Hadi Dengan Adil, malangnya secara tidak seimbang. Bagi pengikut parti
berkenaan yang kurang teliti, mungkin akan percaya kepada ulasan tersebut.
Kenyataan penulis PAS tersebut rentetan kenyataan saya yang
dikeluarkan oleh New Straits Times (NST) yang mana saya dilaporkan menyebut
Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memfatwakan amanat tersebut menyeleweng dan
sesat.
Saya sebenarnya, bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi,
tetapi menjawab soalan wartawan benarkah dakwaan yang para mufti di zaman itu
dan seterusnya, langsung tidak mengambil sikap yang sepatutnya mengenai amanat
itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, saya juga bersetuju bahawa amanat itu juga punca
kepada Peristiwa Memali dan amanat itu merbahaya.
‘Golongan fanatik’ parti berkenaan seperti biasa dengan nada
emosi ada yang memaki hamun (itu yang merupakan zikir sebahagian mereka). Ada
yang mempertikaikan bahawa bahawa tidak pernah wujud fatwa kebangsaan seperti
itu. Ini mungkin kerana merasakan PAS rapat dengan kerajaan.
Mereka sendiri terlupa kedudukan parti itu sebelum ini dan
bahawa keakraban itu ‘sifatnya baharu’. Ada juga yang menyatakan kenyataan ini
sebagai ‘musuh islam dan agenda yahudi’.
Maksudnya, sudah pasti sesiapa yang memusuhi Islam, maka dia
kafir. Zikir yang selalu didendangkan. Ada yang menyatakan kenyataan saya itu
sebagai pentaksub Tun Dr Mahathir. Padahal kenyataan saya itu menafikan dakwaan
Tun Dr Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut.
Di sini saya ingin menjelaskan maksud kenyataan tersebut.
Apabila pihak NST menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Tun Mahathir yang
menyatakan mufti-mufti diam mengenai Amanat Hadi.
Saya rasa kenyataan itu tidaklah begitu tepat sebab ada
keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (ketika itu nama tersebut masih dibenarkan)
beberapa kali telah mengeluar keputusan yang sama bahawa Amanat Hadi bercanggah
dengan ajaran Islam.
Walaupun ketika Amanat Hadi itu berlaku saya masih di
sekoleh rendah, tapi berita fatwa berkenaan diketahui oleh semua pihak, apatah
lagi di zaman internet kini. Tambahan pula, saya sebagai mufti negeri, maka
banyak hal fatwa saya mengetahuinya.
Antara buktinya, dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia pada
22 April 2001, Menteri JPM ketika itu Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin
berkata, ‘Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada 21 November 1984 berhubung
Amanat Haji Hadi’.
Pada 3 Disember pula majlis itu membuat keputusan bahawa
amanat tersebut bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa kepada Majlis
Raja-Raja dan diluluskan. Berikutan itu juga, minggu lalu kita menghantar satu
pekeliling kepada semua kerajaan negeri supaya mewartakan perkara tersebut dan
ia perlulah diikuti.
Utusan Malaysia pada 7hb Januari 2013 memetik Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemimpin parti
politik terbabit termasuk ahlinya yang taksub dengan amanat itu sehingga
mengundang perpecahan rakyat digesa kembali kepada ajaran Islam. Katanya,
keterbatasan dalam agama Islam perlu sentiasa dipelihara dan tidak sekali-kali
diperjudikan kerana politik demi akidah umatnya.
Rapat dan baik
“Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk di peringkat negeri
bersidang pada 1984 dan pada 3 Disember tahun sama, fatwa tersebut dikeluarkan
kerana jelas sekali istilah kafir mengkafirkan sesama Islam adalah bertentangan
dengan ajarannya. Fatwa diperbaharui pada Julai 2002.
“Jadi baik masyarakat mahupun pemimpin politik perlu
kembali berpegang kepada fatwa itu. Harus diingatkan bahawa kita adalah
pendakwah bukan penghukum dan keterbatasan dalam politik itu jika digaul
bersama agama akhirnya umat Islam sendiri yang rugi,” katanya.
Fatwa itu masih rasmi sebagai pegangan kerajaan yang ada
hari ini. Walaupun alhamdulillah hubungan Umno dan PAS hari ini begitu rapat
dan baik, namun saya tidak fikir kerajaan akan menarik balik fatwa Amanat Hadi
di zaman itu sekalipun telah berusia 36 tahun itu.
Ini kerana pengiktifan kepada amanat itu boleh membawa
kepada persetujuan bahawa Umno dahulunya sebuah parti kafir dan yang mereka
yang Umno ketika itu yang masih hidup sehingga kini merupakan ‘bekas-bekas’
orang kafir.
Perlembagaan Malaysia
Di samping itu, perlembagaan yang ada pada 38 tahun lepas
dan yang sekarang masih yang sama. Jika perlembagaan Malaysia itu jahiliyyah
lagi kafir dan menentang mereka yang mengekalkan perlembagaan itu satu jihad
yang membawa mati syahid, bererti hal itu masih wujud.
Dalam ertikata lain menentang mana-mana kerajaan yang masih
memakai perlembagaan Malaysia sekarang merupakan jihad dan jika mati ia
merupakan mati syahid. Lihat kembali teks Amanat Hadi tersebut.
“Saudara-saudara sekalian percayalah, Kita menentang Umno,
bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia
lama memerintah kerajaan.
“Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan
perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan
jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita
menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita
adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah
kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati
melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam,”
kata Amanat Hadi.
Seperti yang saya jelaskan bukan mengungkit Amanat Hadi,
tetapi saya menjawab kenyataan Tun Mahathir.
Soalannya, benarkah Amanat Hadi punca kafir-mengkafir? Hal
ini diakui oleh banyak pihak yang terlibat. Antara Dr Mujahid Yusuf dalam
bukunya ‘Menuju PAS Baru’.
Beliau merupakan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS.
Ketika buku itu ditulis dan diterbitkan dia masih lagi seorang pemimpin dan
Ahli Parlimen PAS. Beliau menyebut:
“Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan
bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan
dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak
Islam…
“Penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya
adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat
dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji
Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini.” (m/s 115.
Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).
Manifestasi iktikad
Isu kafir-mengkafir, solat dua imam, tidak makan sembelihan
orang Umno, memutuskan hubungan keluarga, cerai berai, kubur berasingan dan
pelbagai lagi sengketa bagaikan dua agama yang berbeza bukan kejadian yang
tersembunyi.
Peristiwa Berdarah Memali dengan pengistiharan ‘mati syahid’
merupakan salah satu manifestasi iktikad itu.
Sesiapa yang hidup di kawasan kuat PAS di zaman itu bahkan
sehingga tahun 2000 ke atas pun, masih dapat melihat dan mengalami hal itu.
Ia bukan satu gerakan bawah tanah atau cerita mulut, tetapi
bukti hidup masih ramai.
Walaupun ada pemimpin PAS yang cuba menidakkan sebagai satu
‘penafian politik’, namun mereka sendiri tahu apa yang sebenarnya yang telah
berlaku.
Penulis PAS
Saya antara orang awal yang cuba memberikan ruang agar isu
kafir-mengkafir tidak lagi dibangkitkan. Penulis PAS itu sepatutnya menukilkan
juga petikan artikel saya ‘Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil’yang ditulis
pada 2013 itu (saya belum menjawat jawatan Mufti Perlis semasa itu) yang saya
menyebut di bawah tajuk ‘PAS Berubah’:


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah
ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi
sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan amanat lama Datuk Seri Hadi itu,
bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan
Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan.
“Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara
praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang
berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kacamata politik
semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.
“Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu
kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka
Datuk Seri Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka.

“Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang
menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang
yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya
RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang”.
Dari petikan artikel saya di atas saya ingin menimbulkan
beberapa soalan. Alhamdulillah, PAS sekarang sudah tidak menganggap Umno kafir,
namun apakah amalan menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan PAS sebagai
‘musuh Islam’, ‘menentang PAS bererti menentang Islam’ dan ‘menentang ulama PAS
bererti membenci Islam’ masih wujud ataupun tidak?
Ini kerana, semua anggapan dan tuduhan itu akan membawa
kepada mengkafirkan pihak yang dituduh. Pastinya, sesiapa yang memusuhi dan
menentang Islam maka pasti dia menjadi kafir.
Jika hal itu masih dapat kita lihat dalam ceramah dan ucapan
para pemimpin dan pengikut PAS, bererti ‘angin kafir-mengkafir’ masih bertiup.
Ia wajib dihentikan. Pimpinan PAS wajib mengambil tanggungjawab ini.
Penerangan, jelas amanat
Pihak Presiden PAS sepatutnya mengambil ruang hubungan baik
dengan kerajaan untuk menghuraikan amanat itu dalam media kerajaan. Jika tidak
pun, dalam zaman media sosial yang mudah dicapai oleh semua pihak hari ini,
sepatutnya sejak dahulu satu penerangan secara jelas tentang amanat itu dibuat.
Huraikan maksud kalimat-kalimat dalam amanat itu, ataupun
secara mudah istiharkan ia sesuatu yang tidak boleh digunapakai. Mengapa hal
ini belum berlaku?
Saya ingin menukilkan sekali lagi apa yang saya sebut dalam
artikel ‘Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil’ itu.
Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar
sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi SAW
bersabda:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
Sesiapa yang memanggil orang lain
dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu
kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Politik bina negara
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut
Majmu‘at al-Fatawa:
Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad
dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap,
dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya.
“Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang
dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu
dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut
nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat
dan berdosa.
“Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya
kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang
bersalah, berbuat bid’ah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin
tidak fasik dan tidak berdosa”.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu
kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

Untuk sahabat-sahabat PAS, saya tidak mempunyai masalah
dengan pihak PAS selagi tidak bermudah-mudah dalam kafir-mengkafir,
sesat-menyesat, menuduh pihak lain ‘musuh Islam’, anti-Islam dan seumpamanya.
Melainkan jika ada bukti yang nyata serta jelas tanpa
takwilan lagi.Tabiat suka memaki hamun serta mencerca orang juga wajar
dihentikan.
Di samping itu, saya akui, pada PAS juga ada sumbangan
kebaikan yang tidak boleh dinafikan. Presiden PAS pun ada sumbangan beliau
dalam penyebaran Islam.
Ayah saya orang PAS dan ramai sekali sahabat saya orang PAS.
Saya mempunyai hubungan baik dengan mereka. Ruang pejabat saya sentiasa terbuka
jika ingin berbincang.
DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN merupakan Mufti Perlis. Artikel ini merupakan pendapat penulis dan tidak semestinya
mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update. Ia pertama kali 
disiarkan di
Facebook beliau.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel