Connect with us

Berita Lain

BERSATU Kuasai Agihan Kerusi DUN HARAPAN Johor Akan Bertanding 18 Kerusi

Foto: TMI



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendominasi agihan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor
dengan bertanding 18 daripada 56 kerusi.

Sumber HARAPAN yang mengesahkan pengagihan kerusi itu
selesai pada 18 Jan lalu berkata DAP akan bertanding 14 kerusi sementara PKR
dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masing-masing 12 kerusi.
“Ini merupakan senarai akhir, tapi kita akan mengadakan
konvensyen HARAPAN Johor untuk mengumumkannya secara rasmi,” kata sumber yang
maklum dengan pengagihan kerusi berkenaan, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Dr Rais
Hussin turut mengesahkan senarai itu akan diumumkan dalam konvensyen, namun
turut menambah ia masih tertakluk kepada kelulusan majlis presiden HARAPAN.
Rais berkata rundingan itu diselesaikan dengan lancar antara
parti komponen HARAPAN.
“Ini merupakan petanda baik untuk HARAPAN dan kami ingin
membina dan membangunkan semula Johor serta Malaysia,” katanya.
Ramai pihak memang menjangkakan BERSATU mengetuai HARAPAN di
Johor yang merupakan negeri sasaran parti baru itu.
Penganalisis Wan Saiful Wan Jan sebelum ini berkata
kemenangan BERSATU di Johor akan menentukan kelangsungan parti itu kerana tanpa
satu-satu negeri untuk dijadikan kubu kuat, ia tidak akan bertahan lama dan
akan menerima nasib seperti parti Semangat 46.

Rundingan kerusi di peringkat persekutuan sebelum ini
berlangsung dengan tegang bagi HARAPAN Johor yang menyaksikan AMANAH Johor
memboikot konvensyen awal bulan ini selepas hanya diberi dua daripada lima
kerusi parlimen yang mereka minta.

Rundingan kerusi peringkat DUN dijangka menjadi kayu ukur
sama ada HARAPAN boleh menyelesaikan ketidakpuasan hari antara pemimpinnya
berhubung agihan kerusi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel