Connect with us

Berita Lain

Duta-Duta Kesatuan Eropah Digesa Beri Tekanan Pada Najib


PASIR MAS – Duta-duta Kesatuan Eropah digesa supaya
memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
melaksanakan PRU14 secara bersih dan adil tanpa sebarang penipuan.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu berkata,
walaupun mereka tidak boleh campur tangan dalam urusan negara ini tetapi
tekanan boleh diberikan berhubung perkara itu, lapor Sinar Harian.
“Permohonan ini kerana ramai yang beranggapan PRU14
merupakan ibu kepada segala pilihan raya,” katanya ketika menyampaikan
ucapan perasmian Bilik Operasi Pakatan Harapan Dun Pengkalan Pasir, di sini
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian selepas mengulas pertemuan antara
pimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 16 duta
negara-negara Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur, pagi kelmarin.
Menurutnya, pertemuan bersama duta Kesatuan Eropah itu
berlangsung selama dua jam dan pertemuan itu diisi dengan sesi dialog.
Mohamad yang juga merupakan Presiden Amanah berkata,
pertemuan itu memberi isyarat bahawa mereka yakin Pakatan Harapan mampu
membentuk kerajaan persekutuan pada PRU14 itu nanti.
Katanya, pertemuan secara berkumpulan seumpama itu tidak
pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.
“Selalunya mereka akan jumpa presiden parti atau
setiausaha, ini berlainan (secara berasingan).
“Saya lihat daripada isyarat itu, mereka nampak bahawa
PRU14 nanti kerajaan akan bertukar tangan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel