Connect with us

Berita Lain

Guru Dibenarkan Berpolitik Tetapi Bersyarat – KPPA


KUCHING – Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48
dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang
dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu
mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai
dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana
pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan
politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.
“Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan
bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan “contradiction” ataupun pencanggahan
dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik,” katanya dalam satu
persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50
(TN50) Anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya dalam apa-apa kaedah dan panduan yang telah
ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang
mana sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini boleh dikenakan tindakan
sebagai langkah kawalan.
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang turut
serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan
sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak
melanggar tatatertib dan etika.
“Sebagai penjawat awam, semua memang sudah sedia maklum
bahawa mereka terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan jika hendak berpolitik atau
memimpin negara – tiada masalah, asalkan mendapat kelulusan,” katanya.
Terdahulu semasa menjawab satu soalan berkaitan gaji
penjawat awam dalam sesi wacana hari ini Zainal Rahim berkata sebarang
rancangan kenaikan gaji perlulah dibuat seiring dengan kenaikan produktiviti
pekerja, yang merupakan modal insan dalam menentukan keuntungan dalam sesebuah
organisasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata ia adalah beberapa perkara yang perlu
diperhalusi kerajaan sebelum sebarang ketetapan dibuat berhubung kenaikan gaji
penjawat awam.
“Seterusnya (yang perlu dikaji) adalah dari segi ekonomi,
kesan kepada peniaga. Apabila berlaku kenaikan gaji, para peniaga akan
mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan,” katanya.
TN50 digagaskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak,
merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun
selepas 2020.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel