Connect with us

Berita Lain

Hanya Rakyat Marhaen Makan Najis Dedak – Zainudin Maidin


KUALA LUMPUR: Hanya rakyat marhaen makan `najis dedak’, kata
bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin, menerusi laman Twitter
rasminya, awal malam tadi.
‘Najis dedak’ itu dipercayai merujuk kepada amalan rasuah.
Kenyataan itu dikeluarkan Zainudin sebagai maklum balas
kepada seorang pengguna Twitter, @Kabir_Akram, yang bertanyakan adakah
penguatkuasaan undang-undang dikenakan kepada seorang isteri bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berbeza dengan rakyat lain di negara
ini.
Terdahulu, Zainudin menerusi status Twitternya berpendapat,
penghinaan terhadap Dr Siti Hasmah tidak dapat diterima oleh rakyat, termasuk
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ia mendapat maklum balas daripada pengguna Twitter itu, yang
berpendapat Dr Siti Hasmah adalah rakyat biasa seperti orang lain dan tidak
akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.
@Kabir_Akram turut mempersoalkan mengapa perlu ada perbezaan
pangkat dan layanan istimewa, dipercayai merujuk kepada Dr Siti Hasmah.
Susulan itu, Zainudin membidas kenyataan berkenaan dengan
menegaskan Dr Siti Hasmah dan suaminya, yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad, bukan rakyat biasa seperti didakwa pengguna media sosial itu.
“Siapa kata dia (Dr Siti Hasmah) rakyat biasa? Dia, Tun
(Dr Mahathir) bukan rakyat biasa macam kamu yang tiada jasa apapun kecuali
makan ‘najis dedak’,”  katanya.
Jumaat lalu, polis mengambil keterangan daripada Dr Siti
Hasmah berikutan pembabitan beliau dalam perhimpunan tanpa notis, tahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 10 September lalu, sekumpulan aktivis wanita
menganjurkan perhimpunan dikenali sebagai ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu
kota bagi menyatakan bantahan terhadap politik toksik.
Antara tuntutan perhimpunan itu adalah bantahan terhadap
politik toksik yang semakin berleluasa, membantah perlakuan berunsur keganasan,
perbuatan ancaman terhadap individu dan sikap berunsur rasis serta seksis.
Ia juga bagi menolak calon daripada parti yang menggunakan keganasan
dan juga politik toksik.

Advertisement
Dr Siti Hasmah dilaporkan memberi ucapan ringkas pada
perhimpunan itu, yang menggesa wanita memainkan peranan mereka menghentikan
politik toksik di negara ini.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel