Connect with us

Berita Lain

Harapan ‘Mengadu’ Kerana Tersepit – Najib


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (Harapan) didakwa berada di
dalam situasi ‘tersepit’ sehingga terpaksa ‘mengadu’ dengan kuasa asing untuk
mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bakal dihasilkan
pada PRU14 nanti.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan
Harapan itu bukanlah perkara luar biasa namun dianggap sebagai sesuatu yang
‘aneh’.
“Mereka (Harapan) mahu menimbulkan kontroversi dan terus
mempengaruhi rakyat kononnya sistem SPR ini tidak adil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka tersepit dan tidak ada peluang dalam negara, jadi
mereka terpaksa gunakan kuasa asing mengadu dengan harapan sebarang keputusan
pada PRU14 nanti dianggap sebagai satu yang boleh dipertikaikan,” katanya.
Pada 25 Januari lalu, Pakatan Harapan yang diketuai,
Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan tertinggi kepimpinan itu
mengadakan pertemuan dengan kontinjen duta Kesatuan Eropah (EU).
Semasa pertemuan selama dua jam itu, EU disertai 14 duta dan
tiga Kuasa Usaha Tetap di kediaman Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria
Castillo Fernandez.
Media melaporkan pada pertemuan tersebut Pakatan Harapan
menggesa negara-negara Eropah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk
membenarkan pemantau pilihan raya antarabangsa dihantar untuk PRU14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada masa sama, Najib mempertikaikan tindakan Mahathir yang
mengetuai pertemuan tersebut sedangkan sistem yang digunapakai SPR itulah yang
mengangkatnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
“Sistem inilah yang telah melantik beliau (Mahathir) selama
22 tahun sebagai perdana menteri. Malah sistem kita hari ini telah di
perkukuhkan menjadi lebih ‘transparent’ dan telus daripada sebelumnya dan tidak
ada peluang untuk tipu undi.
“Soalnya kenapa dalam tempoh 22 tahun lalu beliau tidak
pertikai sistem SPR pada masa itu yang mana 
sama dengan yang kita amalkan sampai hari,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel