Connect with us

Berita Lain

HARAPAN Umum Calon PM Selepas Konvensyen 7 Jan

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan umum calom perdana menteri selepas konvensyen nasional pada 7 Januari akan datang, kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Hal ini di tengah-tengah spekulasi ketua umum PKR yang dipenjara Datuk Seri ANwar Ibrahim tidak akan menyokong bekas saingannya Dr Mahathir sebagai calon PM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat tiga jam majlis presiden HARAPAN, Mahathir berkata gabungan itu akan umumkan calon-calonnya selepas konvensyen itu dan sebelum PRU-14 akan datang.
“Kami tidak boleh umumkan selepas PRU-14, pada ketika itu sudah terlambat, mestilah sebelum pilihan raya.
“(Ia akan diumumkan) selepas konvensyen itu,” kata Pengerusi HARAPAN itu.
Hari ini akhbar Straits Times Singapura melaporkan PKR memutuskan untuk mengikut keputusan Anwar Ibrahim dalam soal calon PM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Namun, Mahathir menolak dakwaan tersebut sebagai hanya spekulasi.

“Kamu boleh katakan ia hanya khabar angin, tetapi kebenaran akan diketahui selepas konvensyen itu,” kata beliau.
Beliau berkata isu-isu lain akan diumumkan pada konvensyen itu, termasuklah keputusan peruntukan kerusi pilihan raya.
Menurut Mahathir gabungan itu akab bernincang peruntukan kerusi dan calon-calonnya berdasarkan sempadan pilihanraya sekarang dan yang baru.
Dijangkakan seramai 1,200 perwakilan parti akan hadir konvensyen di IDCC, Shah Alam itu.
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel