Connect with us

Berita Lain

JMM Serah Dokumen The Malaysian Insight Bagi Siasatan BNM


KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah
menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pemilik portal The Malaysian Insight
kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan siasatan di bank pusat itu hari
ini.
Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya telah
dipanggil secara rasmi oleh BNM supaya menyerahkan kesemua dokumen sokongan
setebal 12 helai itu yang mengandungi profail syarikat dan transaksi-transaksi
kewangan meragukan pemilik portal itu.
Bagaimanapun, katanya,BNM memberi jaminan untuk menjalankan
siasatan dalam tempoh tujuh hari berkuatkuasa hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada mulanya, kami meminta supaya siasatan BNM hanya
dilakukan untuk tiga hari, tetapi bank pusat itu telah menetapkan tempoh selama
tujuh hari.
“Selepas siasatan itu selesai dijalankan, saya akan
mengambil tindakan selanjutnya dengan bertemu Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dengan bukti-bukti yang ada.
Aduan secara dalam talian terhadap The Malaysian Insight berhubung salah laku
menyiarkan artikel fitnah telah pun dilakukan,” katanya kepada pemberita
selepas menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan di luar premis BNM di sini.
Pada 15 Disember lalu, JMM mendedahkan mengenai kemasukan
wang hampir RM3 juta ke dalam akaun Inside Media Sdn. Bhd. (Inside Media).
Inside Media adalah merupakan pemilik portal The Malaysian
Insight.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel