Connect with us

Berita Lain

Kalaulah Mahathir Dapat Jumpa Anwar…



SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) bakal memperoleh
kelebihan sekiranya pertemuan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat
direalisasikan.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada
Mohamed berkata, jika pertemuan itu dapat dirakam dalam bentuk visual mahu pun
gambar, ia pasti dapat memberikan isyarat kepada masyarakat bahawa kedua-dua
ikon politik itu bersetuju berdamai dan bekerjasama pada PRU14.
“Jika mereka dapat berjumpa tempoh hari, ia mampu kurangkan
keresahan dalam kalangan penyokong Harapan, khususnya PKR yang ada sebilangan
daripadanya tidak bersetuju pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mungkin secara formal, Anwar telah menyatakan persetujuan
pemilihan Mahathir melalui surat, namun mungkin ada dalam kalangan penyokong
masih mentafsirkan ia bukan ditulis oleh pemimpin nombor satu PKR itu.
“Jadi, jika pertemuan itu menjadi dan terdapat juga gambar
atau visual dirakam, ia sekali gus dapat memberi gambaran kedua-dua pihak ini
memang telah berdamai dan akan bersama dalam PRU14,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Rabu lalu, Mahathir yang juga Pengerusi Harapan melahirkan
rasa kecewa selepas gagal menziarahi Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras
selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Penjara.
Mengulas lanjut, Marthada berkata, tindakan Mahathir yang
berhasrat melawat Anwar juga boleh dianggap sebagai strategi kerana kedua-dua
ikon itu seteru utama dalam arena politik tanah air sejak 1998.
“Malah pertemuan ini juga adalah hasrat Mahathir yang ingin
mengucapkan penghargaan kepada Anwar selepas memberi laluan kepadanya untuk
jadi calon perdana menteri pada  PRU14.
“Dengan pertemuan ini juga, ia dapat meredakan kemelut
sokongan dalam kalangan kepimpinan dan akar umbi PKR sendiri. Sebab itu,
Mahathir begitu bersungguh untuk adakan pertemuan ini,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, sebagai calon perdana
menteri Harapan, tindakan Mahathir tersebut sememangnya sudah dijangka
kebanyakan pihak.
Menurutnya, usaha Mahathir itu akan mengundang penerimaan
sesetengah penyokong Anwar yang sebelum ini masih tidak dapat menerima
pencalonan beliau sebagai perdana menteri Harapan.

“Kedudukan Anwar sebagai pemimpin pembangkang sejak Harapan
ditubuhkan adalah sesuatu yang diiktiraf Mahathir sebagai seorang ahli dan
pemimpin politik bertaraf Avantgarde,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel