Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Tidak Akan Tambat Semula Ringgit


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia
tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit seperti yang
dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit boleh
menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat.
“Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan
mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik
dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan
mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia,” katanya semasa melancarkan Invest
Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai
mengulas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang mempunyai tanggapan
bahawa menambat semula ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan
membantu.
Perdana Menteri berkata, bersandarkan kepada langkah yang
dilaksanakan sebelum ini memperlihatkan pelabur dan pasaran global hilang
keyakinan kepada negara.
Malah, tegasnya, negara terpaksa mengambil masa yang lama
untuk meraih semula keyakinan pelabur selepas langkah menambat ringgit
berbanding dolar AS yang dilaksanakan semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.
Invest Malaysia ke-14 itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd
dan Maybank.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel