Connect with us

Berita Lain

Kubang Pasu Menanti Kepulangan ‘Doktornya’



Dr Mahathir Mohamad yang menjadi calon perdana menteri pihak
pembangkang dijangka bertanding sama ada di Kubang Pasu, Langkawi atau
Putrajaya. The Malaysian Insight mengunjungi tiga kawasan ini untuk mengukur
sejauh mana sokongan kepada bekas perdana menteri itu. Siri ini akan dimulakan
dengan Kubang Pasu. 

Kubang Pasu dahulunya adalah satu pekan terpencil di hulu di
Kedah. Pada masa itu, golongan doktor atau jurutera jarang ditemui di sini.
Sebelum Dr Mahathir Mohamad tiba, Kubang Pasu hanyalah
penempatan pertanian tradisional, tiada apa-apa pembangunan di sini.
Satu-satunya bangunan yang wujud pada 1970-an adalah struktur
kedai runcit tinggalan zaman penjajah yang terletak di Jitra.

Ketua Cawangan Kubang Pasu Amanah Taib Abdul Rahman berkata
semua itu berubah apabila Dr Mahathir menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu yang
pertama pada 1974.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kurang daripada dua dekad, Dr Mahathir mengubah Kubang Pasu
menjadi hab pendidikan di Utara.
“Kalau kita tengok Kubang Pasu sekarang, ada ramai golongan
profesional berbanding dulu kerana Dr Mahathir bina universiti.
“Dahulu, kalau nak jumpa golongan profesional di Kubang Pasu
susah. Sekarang sudah ramai,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kawasan perindustrian
Bukit Kayu Hitam seluas 334.88 km dibuka pada 1995.
Antara syarikat besar yang bertapak di kawasan perindustrian
itu ialah Aerospace Composites Malaysia Bhd (ACM), sebuah syarikat usahasama
antarabangsa antara Boeing dan Heckel, dari Amerika Syarikat. Firma itu
mengeluarkan bahan komposit untuk komponen kapal terbang.
Syarikat dalam industri lain termasuk logistik dan gudang
juga bertapak kawasan industri yang terletak 2km dari sempadan Thailand itu.
Pencapaian lain Dr Mahathir termasuk membina Dewan Wawasan
yang merupakan dewan serba guna, Terminal Bas Jitra dan membina lebuh raya
bebas tol dari Jitra ke Bukit Kayu Hitam dinamakan Lebuhraya Darul Aman. Laluan
ini merupakan sebahagian daripada lebuh raya PLUS.

Taib berkata kini ramai golongan profesional boleh ditemui
di situ kerana Dr Mahathir membina Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Kolej Matrikulasi Kedah semasa
pentadbirannya.
Tambahnya, Kubang Pasu pada masa dahulu adalah kawasan
komunis. Daerah Sintok yang terletak di UUM diisytiharkan sebagai kawasan hitam
pada 1960-an semasa darurat.
“Dr Mahathir adalah individu yang mengubah Sintok dengan
menubuhkan UUM.
“Dahulu tiada orang yang berani ke kawasan komunis tetapi
sekarang sudah berubah,” katanya.
Dr Mahathir menjadi menteri pendidikan daripada 1974 hingga
1977. Beliau kini mengetuai blok pembangkang sebagai pengerusi Pakatan Harapan
(PH).
Minggu lalu, ahli politik veteran berusia 92 tahun itu
dipilih sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai timbalan perdana menteri di Konvensyen PH di Shah Alam sekiranya
pakatan pembangkang berkuasa.
Kubang Pasu adalah salah satu daripada tiga kawasan pilihan
raya yang mungkin beliau tandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Dua
kawasan lain adalah Langkawi dan Putrajaya.
Kelebihan sebagai doktor
Taib berkata Dr Mahathir mempunyai kelebihan jika beliau
bertanding di Kubang Pasu.
“Sesiapa pun yang bertanding menentang calon Barisan
Nasional (BN), Johari Baharum, PH mempunyai 50% peluang untuk menang.
“Tetapi kalau Dr Mahathir bertanding di sini, peluang naik 65%.
PH tidak perlu susah payah. Sebabnya beliau merupakan pemimpin yang dekat di
hati pengundi Kubang Pasu.
“Dan veteren Umno semuanya masih menyokong Dr Mahathir.
Jadi, kita rasa ada undi di situ kerana beliau.”
Taib juga berkata sekalipun ia melibatkan pertandingan tiga
penjuru, Dr Mahathir tetap mempunyai peluang lebih baik kerana PAS tidak kuat
di kawasan itu.
“Pertandingan tiga penjuru (menguntungkan) BN dan PH tapi
tidak pada PAS. PAS sekarang sudah lemah.”
Dr Mahathir adalah ahli Parlimen Kubang Pasu dari 1974
hingga 2004. Dalam PRU13, beliau digantikan oleh Johari yang menewaskan calon
PAS Mohd Jamal Nasir dengan 10,444 undi.

Pada PRU13 terdapat 65,550 pengundi di Kubang Pasu. Pecahan
kaum pengundi adalah Melayu (86%), Cina (9%) dan India (8%).
Johari adalah timbalan menteri pertahanan dan bekas
setiausaha politik Dr Mahathir.
Menurut pengkaji Akademi Pengajian Melayu, Prof Dr Awang
Azman Awang Pawi, Johari merupakan ahli Parlimen selama tiga tahun dari 2004
hingga 2013, namun hanya memegang jawatan timbalan menteri.
“Beliau adalah timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri bagi industri pertanian dan pertahanan.
“Ia menunjukkan sentimen terhadapnya dalam Umno tidak begitu
kuat,” katanya.
Awang Azman berkata semasa krisis Dr Mahathir dan Abdullah
Ahmad Badawi pada 2008, Johari bertanggungjawab menghalang Dr Mahathir daripada
bertanding di Kubang Pasu.
 “Sentimen begini akan
berbalik kepada Johari.
“Kajian menunjukkan, populariti PH di Kedah bertambah dengan
adanya Dr Mahathir.
“Saya fikir Dr Mahathir ada peluang baik jika beliau memilih
untuk bertanding di Kubang Pasu walaupun nanti ada pertandingan tiga
penjuru,” katanya.
Tiga penjuru menentang PAS
Sementara itu, mengulas mengenai bekas calon PAS Jamal Nasir
yang bertanding dalam PRU13, Dr Awang berkata tokoh tersebut dilihat tidak lagi
aktif dalam dunia politik.
“Memang penduduk ada juga bertanya, ke mana pergi orang PAS.
Kadang-kala nak jemput pergi kenduri tapi memang kita tidak tahu beliau di
mana.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malah, katanya PAS di Kubang Pasu juga kini tidak mendapat
sokongan daripada ahlinya sejak Bersatu ditubuhkan.
“Memang PAS sudah tidak berapa mendapat sokongan, termasuk
ahlinya sendiri.
“Contohnya, kalau dulu adakan ceramah PAS mesti ramai yang
datang. Sekarang, kalau buat ceramah pimpinan negeri datang, mungkin ahli PAS
yang hadir sekitar 100 sahaja. Yang tinggal cuma penyokong tegar PAS saja,”
katanya.

Noraini Saad, 37, seorang penjual rojak berkata Dr Mahathir
berpeluang untuk menang kerana sentimen di kalangan orang lama.
“Saya penyokong BN tetapi mak saya berumur 67 tahun masih
menyokong Tun (Dr Mahathir). Orang lama memang ingat beliau. Kalau beliau
bertanding memang (akan) huru-hara.”
Seorang lagi warga tempatan, Liza Razali, 30, mengakui
sentimen tersebut kuat di kalangan penduduk Kubang Pasu kerana Dr Mahathir
pernah menjadi ahli Parlimen di situ.
“Sokongan masih ada kerana semua orang kenal Dr Mahathir
yang banyak jasanya pada Kubang Pasu.

Advertisement
“Tetapi Johari pun ada peluang untuk menang, mungkin 50-50,”
katanya.

Sumber: TMI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel