Connect with us

Berita Lain

Mahfuz Akhirnya Jawab Isu Bai’ah Dan Letak Jawatan



SHAH ALAM – Bekas pemimpin Pas, Datuk Mahfuz Omar berterima
kasih kepada pihak yang mengingatkannya soal lafaz bai’ah dan mahu beliau
meletak jawatan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya, beliau amat memahami dan menginsafi bai’ah tersebut
yang intipatinya janji taat setia dan patuh kepada jemaah dan pemimpin selama
mana tindak-tanduknya selari dengan tuntutan ajaran Islam, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, keutamaan beliau kini adalah menyumbangkan tenaga
dan buah fikiran memimpin dan membimbing rakyat bagi  menamatkan pemerintahan Umno BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak perlu terjebak dalam polemik sebegini
kerana cukup untuk saya mengatakan bahawa saya percaya ALLAH sentiasa memberi
petunjuk dan jalan keluar selama mana kita berpegang kepada kebenaran.
“Cabaran yang lebih besar pada saya ialah jihad
menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke jurang kehancuran. Secara peribadi, saya
berpendapat ini adalah kewajipan saya sebagai seorang muslim maka inilah
keutamaan saya sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz secara rasmi keluar Pas, pada jam 11.59 awal Januari,
selepas 34 tahun menjadi ahli Pas.
Rentetan itu, Pas memberi peringatan mengenai lafaz baiah
kepada Mahfuz Omar susulan tindakannya mengumumkan untuk meninggalkan parti
Islam itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
setiap wakil rakyat Pas yang melafazkan baiah terikat dengan tiga komponen
utama sekiranya berhasrat untuk meninggalkan parti tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel