Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Sarankan Najib Dan Dr Mahathir Berdebat

Foto: Malay Mail

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
mengemukakan cadangan supaya satu debat terbuka diadakan di antara Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak bagi membahaskan isu negara.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu berkata, ini susulan
kritikan terbuka Perdana Menteri terhadap Dr Mahathir yang mengatakan bekas
perdana menteri itu kini tidak relevan memandangkan usianya sudah mencecah 92
tahun.
Najib juga baru-baru ini, menyelar keputusan Pakatan yang
menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan parti
itu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bekas timbalan perdana menteri itu turut menyifatkan
tindakan Najib membandingkan penolakan Dr Mahathir sebagai calon perdana
menteri dengan keadaan di Zimbabwe sebagai ‘tidak masuk akal’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Dr Mahathir berusia 92 tahun. Bagi banyak orang, dia
sepatutnya sudah bersara. Kenapa dia hendak berjuang kalau tidak kerana masalah
negara?
“Bagi saya, dia banyak pengalaman, akal fikiran masih
waras, badan masih sihat. Saya kira, Najib menyebut demikian kerana terlalu
takut kepada Dr Mahathir. Dia gerun dengan faktor Dr Mahathir, sebab itu bila
kita calonkan Dr Mahathir, dia (Najib) dukacita.
“Kalau boleh adakan debat antara Dr Mahathir dengan
Najib, tengok (sama ada) dia berani atau tidak. Bahas apa-apa isu dan
sebagainya. Kalau dia berani sahut cabaran itu, saya tunggu esok,”
katanya.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) itu berkata demikian pada satu sidang media sempena perjumpaan khas
bersama pemimpin-pemimpin Pakatan di Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu, pada sidang media sama, beliau mendedahkan
Pakatan kini dalam proses menentukan calon yang bakal bertanding dalam PRU14 di
Sabah.
“Sampai masa kita akan senaraikan dan kita akan meminta
setiap parti menyenaraikan calon masing-masing mengikut kawasan kerusi yang
akan diputuskan untuk dipertandingkan dalam PRU.
“Dan, di semua peringkat, pimpinan parti di seluruh
negara sudah mengenalpasti bakal-bakal calon atau tokoh yang sesuai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebab itu kita mahu pembahagian kerusi antara parti
komponen dalam Pakatan dibereskan sebaik mungkin mengikut keputusan Majlis
Presiden pusat, iaitu sebelum akhir bulan ini,” katanya.
Ditanya sama ada pihaknya sudi berganding dengan Parti
Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Muhyiddin
berkata, tiada sebarang perbincangan diadakan setakat ini.

Advertisement
Namun, beliau menjelaskan, pihaknya bersedia menjalinkan
kerjasama dengan semua parti yang mempunyai agenda menumbangkan kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel