Connect with us

Berita Lain

Najib Benarkan Pas Kekal Di Kelantan?


SHAH ALAM – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
dikatakan telah membuat perbincangan sulit dengan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang untuk membenarkan Pas terus menguasai Kelantan pada pilihan
raya umum akan datang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin
berkata, maklumat sulit itu diperolehi daripada seorang kenalan yang rapat
dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Beliau mendakwa, pelan tersebut dibantah oleh Mustapa.
“Boleh jadi banyak orang tidak perasan atau tidak
begitu peduli kerana Mustapha telah membuat kenyataan yang serupa dalam
beberapa PRU sebelum ini tetapi gagal merampas balik negeri itu. Hanya mereka
yang mengetahui latar belakang kepada kenyataan Mustapha itu sahaja akan
menyedari keberanian secara tiba-tiba beliau itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jawabnya, ialah pendirian Presiden Umno berkaitan
Kelantan. Beliau dikhabarkan telah membuat keputusan ‘menyerahkan’ Kelantan
kepada Pas sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya
Umno-Pas,” katanya dalam blog rasminya, hari ini.
Beliau mendakwa, keputusan yang dibuat Najib secara
bersendirian, dengan hanya beberapa pemimpin Umno negeri sahaja yang telah
dipanggilnya dalam sesi rundingan berkenaan.
Perkara ini telah membuat beberapa pemimpin Umno Kelantan
lain tidak berpuas hati, lantas Mustapha sendiri telah bertekad untuk membantah
rancangan yang dibuat oleh Najib itu denganmeminta bantuan daripada ahli
veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Najib tidak boleh kata ‘no’ (tidak) kepada Ku Li
(Tengku Razaleigh) sama ada kerana hormat kepada mentornya itu atau mengakui
bahawa dalam Umno, Ku Li masih ada sedikit kuasa untuk ‘eye-balling’ (menenung)
beliau.
“Jadi suka tidak suka, Najib dikatakan terpaksa
berunding dengan Ku Li dan Mustapha di rumah Ku Li, di Jalan Langgak Golf off
Jalan Tun Abdul Razak,” katanya.
Berbalik kepada apa yang disifatkan sebagai perjanjian
rahsia BN-Pas itu, Najib dikatakan telah bersetuju untuk tidak cuba merampas
Kelantan daripada Pas.
Ujar bekas ketua pengarang sebuah akhbar tempatan itu lagi,
tindakan yang dibuat oleh Najib adalah bagi menjadikan Pas sebagai tukang
pengacau pada PRU14 kerana beliau lebih takut Pakatan Harapan, terutamanya
Bersatu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel