Connect with us

Berita Lain

‘Orang Muda Berpeluang Punyai Peluang Untuk Masa Depan, Jika Punya Kerajaan Yang Prihatin’ – Tun M


SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) akan sentiasa mengalu-alukan
peranan golongan orang muda dalam usaha membangunkan negara.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, namun
penglibatan golongan yang lebih berusia dan berpengalaman tidak diketepikan
kerana diperlukan untuk memudahkan matlamat itu tercapai.
“Kita ingin menggunakan tenaga muda sebanyak mungkin dan
kita mempunyai kepercayaan kepada mereka yang biasanya mempunyai idealisme.
Mereka bikin sesuatu yang cukup cantik dan elok untuk membuatkan negara aman,
maju dan sebagainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Tapi untuk mencapai matlamat ini, mungkin ia tak sebegitu
mudah. Kita perlu gandingan antara pemuda dengan idealisme mereka bersama
pengalaman yang ada di kalangan orang yang sudah bekerja dan lebih berumur,”
katanya menerusi sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Tun Dr Mahathir berkata, orang muda berpeluang mempunyai masa depan
lebih baik jika kerajaan memberikan tumpuan kepada masalah dihadapi golongan
ini termasuk dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan pengangguran.
“Sementara kita mengalu-alukan peranan pemuda, kita tak
boleh ketepikan pengalaman orang lebih dewasa kerana pengalaman menjadi satu
pengajaran yang baik. Seperti pepatah orang barat, ‘experience is the best
teacher’ yang sangat sesuai dengan keadaan dalam negara kita.
“Saya fikir orang muda berpeluang mempunyai peluang untuk
masa depan. Jika kita mempunyai kerajaan yang prihatin yang memberi tumpuan
kepada masalah dihadapi orang muda dengan memperbetulkan keadaan dalam bidang
pendidikan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk mengatasi pengangguran dan juga
pelaburan yang boleh menambah peluang pekerjaan bagi anak muda,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel