Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Adalah Pakatan Wayang


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang
sah tidak wujud sebaliknya ia hanyalah sebuah pakatan wayang yang menyaksikan
pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh
Said Keruak berkata, ini kerana pakatan wayang itu dipimpin oleh beberapa
pemimpin pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen berpakat dengan Dr.
Mahathir yang bukannya Ahli Parlimen.
Justeru itu katanya, dapat dilihat bahawa kewujudan pakatan
wayang ini adalah berniat untuk mengelirukan rakyat semata-mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pembangkang sekarang merupakan mereka yang sama yang
mahukan Dr. Mahathir ditukar ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
“Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr. Mahathir
kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu
mudah mempercayai mereka?,” katanya menerusi blog beliau semalam.
Menurut Salleh Said, pada masa ini wujud persepsi bahawa Dr.
Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Datuk Seri
Mukhriz kembali ke landasan politik.
Manakala, katanya di pihak pembangkang yang diketuai oleh
DAP pula mahu Dr. Mahathir memberikan mereka undi Melayu.
“Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara
biasa untuk beliau bercita-cita menjadi Perdana Menteri.
“Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih
kepada pakatan wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar
mereka,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel