Connect with us

Berita Lain

Peneroka Felda Terima ‘Durian Runtuh’ RM43.2 juta


KUALA LUMPUR – Seramai 92,059 peneroka menerima durian
runtuh apabila menerima pemberian bonus insentif berjumlah RM43.2 juta.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata,
pemberian insentif bagi 2017 itu sebagai menghargai usaha peneroka dan
menggalakkan mereka terus meningkatkan produktiviti kebun bersama Felda.
“Bagi peneroka yang berjaya memaksimumkan pengeluaran hasil
kebun, mereka sewajarnya diberi galakan.
“Namun, bagi peneroka yang tidak menghantar hasil melalui
pe-ngurusan rancangan, maka individu berkenaan gagal memenuhi kriteria kedua
iaitu terus bersama Felda,” katanya pada majlis penyerahan insentif bonus,
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata, tindakan sedemikian menyebabkan beberapa
potongan seperti BK, pinjaman pembesaran rumah, caruman tanam semula, caruman
pemulihan ladang dan beberapa kutipan untuk operasi pengeluaran kebun seperti
baja, jalan pertanian dan lain-lain tidak dapat dikutip, lapor Sinar Harian.
“Peneroka yang menanam semula dengan Felda layak diberi
pertimbangan bonus insentif walaupun kebun belum berhasil kerana mereka
memenuhi kriteria,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong
Jamil Mohd Shariff berkata, insentif itu melonjak semangat peneroka
meningkatkan hasil pengeluaran setiap tahun.
“Insentif ini sebagai galakan hantar hasil sawit kepada
kilang Felda. Ia juga sekurang- kurangnya dapat mengurangkan beban kos sara
hidup peneroka,” katanya yang mewakili Felda Wilayah Trolak.
Setiausaha JKKR Gabungan Felda Wilayah Johor Bahru, Ab Aziz
A Bakar pula berkata, insentif diberikan sebagai satu bonus dan akan dijadikan
simpanan masa depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel