Connect with us

Berita Lain

Pesan Asri: PRU Kali Ini Antara Potong Kaki Atau Potong Kepala


KUALA LUMPUR: Pilih parti yang paling kurang memberi
mudarat, pesan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kepada seorang peserta
forum yang meminta nasihat untuk pilihan raya umum akan datang.
Beliau secara peribadi berkata demikian memandangkan tiada
pilihan yang benar-benar bagus pada pilihan raya kali ini.
“Saya pesan (pada) diri saya, kita boleh sokong sesiapa. Ini
adalah ijtihad. Saya rasa pilihan raya ini bukan ada sesiapa yang bagus tetapi
siapa yang kurang teruk.
“Pandangan saya, melihat mudarat yang lebih ringan, antara
potong kaki atau potong kepala, itu sahaja. Dua-dua kena potong juga, tetapi
satu mati dan satu lagi sakit,” katanya di program Bicara Ilmu di Pusat
Konvensyen Sime Darby hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemerhati meramalkan PRU14 akan diadakan pada Mac atau April
ini, dan perlu dipanggil sebelum tempoh penggal berakhir pada Ogos.
Kempen #UndiRosak menjadi subjek perdebatan hangat di media
sosial baru-baru ini dan dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang dan
kerajaan.
Cerita peribadi bukan isu rakyat
Dalam soal memilih calon pula, Asri menyarankan pengundi
supaya melihat kualiti hujah calon-calon yang bertanding.


“Tidak perlu bawa isu peribadi calon lawan ke dalam ceramah.
Kalau hendak beritahu, beritahu isu yang ada kaitan dengan awam, seperti
kehilangan RM50 juta atau bilion.
“’Come on lah’, kalau nak cari benda itu, semua kita ada.
Kita sedap cakap urusan peribadi orang sedangkan kita sendiri banyak masalah.
“Jadi ‘gentleman’ lah apabila pilihan raya. Kenapa pilihan
raya cakap urusan itu, sehinggakan adik dia pun masuk campur dan lebih teruk
lagi, adik buat perangai tidak elok pula,” katanya tana menamakan mana-mana
individu.
Asri turut menyelar sikap masyarakat yang asyik dengan dosa
peribadi calon berbanding kesalahan-kesalahan 
yang memberi kesan pada masyarakat.
“Masyarakat kita memang macam itu, dosa peribadi itu
walaupun berdosa tetapi dianggap sebagai isu besar, manakala dosa yang
membabitkan umum itu kita biar.
“Kalau orang itu berkhalwat, masuk dalam surat khabar, 6
tahun cerita tidak habis, tetapi kalau mencuri RM5 bilion, ‘relax’,
senyum-senyum dan cium tangan lagi,” katanya.
Pengundi harus adil, jangan fanatik
Tambahnya, rakyat harus bersikap adil dalam menilai
parti-parti politik dan jangan menyokong secaara membuta tuli.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kadang-kadang kita tidak suka, tetap kena nilai juga.
Adakah penilaian kita itu adil ataupun tidak adil?
“Kadang-kadang kita tidak suka pada seseorang, dari awal dia
bercakap walaupun benda betul juga kita tidak suka. Kalau betul dia cakap,
cakap betul. Kalau salah dia cakap, cakap salah,” katanya.
Asri turut mengingatkan rakyat jangan fanatik terhadap
parti-parti politik kerana sikap seperti itu bukan ajaran Islam.
“Kita hendak sokong tidak mengapalah, kita hendak mengundi
juga tidak mengapalah, hendak jadi calon juga tidak mengapa. Tetapi fanatik ini
tidak mungkin boleh berlaku.
“Ramai jenis macam itu. dia kira tengok lambang sahaja.
Orang kadang-kadang tengok lambang, sebab mahu dapat duit,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel