Connect with us

Berita Lain

PRU14: Bukan Senang Lawan Bekas PM – Ahmad Bashah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah – Foto: Malay Mail



ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah mengakui saingan PRU14 dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya
umum (PRU) sebelum ini kerana BN berdepan pencabar yang pernah terajui parti
itu.

Katanya, ini menyebabkan persediaan jentera BN kali ini
dibuat lebih rapi, termasuk mengukuhkan perpaduan kalangan ahlinya.
“Walaupun kita sebuah parti yang matang dan banyak
pengalaman berdepan PRU, namun situasi setiap PRU berbeza. Kali ini cabaran
agak hebat kerana kita berdepan mantan perdana menteri selama 22 tahun, yang
juga bekas ahli Umno yang banyak pengalaman, walaupun beliau calon kitar
semula,” katanya, selepas program penyerahan sumbangan basikal kepada 500 murid
di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, untuk
berdepan cabaran PRU14 itu, BN memerlukan jentera parti yang lebih mantap
dengan persiapan maksima.
“Kita perlu siap siaga dalam semua aspek. Perpaduan ahli
juga penting kerana ia penentu kejayaan, tanpa kesepakatan kita akan alami
kekalahan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kesemua ahli BN mengukuhkan
kesepakatan dan segera selesaikan apa jua permasalahan yang wujud dalam tempoh
berbaki ini.
Mengulas mengenai jentera parti, katanya, BN Kedah sudah
bersedia turun padang bertemu pengundi, selepas jentera parti itu dilancarkan
oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kelmarin.
“Kita sudah agihkan poster kempen ke setiap Pusat Daerah
Mengundi (PDM) termasuk peruntukan untuk unit itu bergerak bersama pasukan
Jentera Rakyat (JR) berjumpa pengundi. Pendekatan ini membolehkan kita mendapat
maklumat tepat mengenai keperluan di sesuatu kawasan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ahmad Bashah berkata, kunjungan dari rumah ke rumah juga
akan dilakukan oleh kesemua 672 PDM di negeri ini.
“Setiap PDM dilengkapi 22 unit, antaranya unit kenderaan,
unit pengundi luar dan unit kempen. Setiap unit ada peranan masing-masing dan
maklumat terkini akan dikemas kini di bilik gerakan ini,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel